Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada TouchWiz mereka, kini ianya kelihatan yang mana Samsung telah pun melancarkan sebuah aplikasi baru mereka, dinamakan sebagai Pure Breeze yang membawakan sedikit perubahan pada permulaan dan penggunaan aplikasi pada peranti Android. Aplikasi tersebut juga didatangkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan juga percuma.
Melalui apa yang dilihat, melalui Pure Breeze, Samsung membolehkan para pengguna memudahkan akses ke sesuatu aplikasi itu dengan mudah, selain pada masa yang sama menambah akses pantas untuknya, serta menyusun aplikasi dengan mudah pada satu Group khas. Selain daripada itu, Pure Breeze juga memudahkan anda melakukan sesuatu kerja dengan menggunakan lebih daripada satu aplikasi, dimana anda boleh kembali ke sesuatu aplikasi itu dengan mudah apabila selesai melakukan tugas menggunakan aplikasi lain.
Samsung Pure Breeze ini boleh diperkatakan masih lagi pada peringkat awal pembangunan dan mempunyai pelbagai perkara yang perlu ditambah baik lagi. Namun, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat Samsung menyediakan launcher Android mereka sendiri. Mungkinkah ianya akan menjadi sebahagian daripada TouchWiz mereka tidak lama lagi?
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nak satu !!
kena try ni…
inovatif!!!
macam mana nak dapatkan? macam best
Nexus s boleh guna ker
still waiting for ch@t on …. bile la nak kluar nh…
Nak free
Mantap ah Samsung
semua android boleh guna ni?
macam kena bertukar ke samsung la lepas nih .. samsung je yg aktif dgn android nih ..
apsal nampak mcm x best je iklan samsung ni?
malangnya diriku belum lagi dapat merasa smartphone android. haisy
nampak menarik
biasa je nampak.. byk da launcher reka cara sendiri mudahkan navigasi. kiranya ni cuma cara lain “diberikan” oleh samsung melalui aplikasi pure breeze ni.
aku da try,aku guna LG ,cam tak best je app ni,nampak gempak pasal samsung yg keluarkan
xleh nak try xde peranti android
more and more people comment just for the sake of reward. ok,abaikan..
bagi aku its cool.cuma instead of petak color2,aku prefer proper icons yg lebih menarik. utk pengguna touchwiz UI,aku rase ini xperlu sgt. kat apps drawer mmg leh susun ikut category sesuka hati. bezanya xde nama/icon lah. my 2cents.
Dah cuba pada SGS 2, nampak serabut…masih banyak ruang utk diperbaiki…feedback dari android market pun tak seberapa baik…
Install… test 10 minit dan uninstall.. tak berapa suka sbb susunan widget kurang flexible