02Sep

Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP

Perisian

Sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana Samsung berkemungkinan akan mengambil-alih sistem operasi mudah-alih webOS daripada HP. Namun begitu, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun menghentikan ura-ura tersebut dengan mengatakan yang mana mereka tidak bercadang untuk mengambil-alih sistem operasi webOS tersebut.

webOS merupakan antara sistem operasi mudah-alih yang menarik dengan membawakan pelbagai sokongan dan juga antaramuka yang terbaik. HP baru-baru ini telah menghentikan pengeluaran tablet dan juga telefon pintar yang menggunakan platform tersebut, yang telah membawa ura-ura kepada penjualan webOS. Namun HP tidak mengesahkan sebarang perkara berkaitan dengan penjualan webOS, tetapi pernah memperkatakan yang mana mereka mungkin melesenkannya kepada pengeluar peranti mudah-alih yang lain.

Selain daripada Samsung, antara pengeluar lain yang diperkatakan turut berminat dengan webOS adalah HTC dan juga Facebook. Namun ianya masih diperingkat ura-ura buat masa ini, tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada sebarang pihak.


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
Fring Melancarkan Aplikasi Panggilan Video Untuk iPad
Kad Raya Digital? Kini Ada Aplikasi Khas Untuknya
Pandang Pertama : Samsung Galaxy Beam - Telefon Pintar Dengan Projektor
Mozilla Memperkenalkan Sokongan Reset Firefox

7 Komen

  1. jipang_menjerit pada 02 Sep 2011

    webOS patut jadi projek opensource kalau nak terus hidup

    • Farid pada 03 Sep 2011

      betul! multi corporation company susah nak jadikan ianya realiti, padahal os ini sudah ketinggalan, HP tak banyak sumbang development untuk consumer, untuk enterprise ada la cuma tak glamor

  2. faeez faster pada 03 Sep 2011

    webOS ikut jejak langkah symbian…lg pun webOS ni sgt terhad..kebykkan hp palm(sblm ni) n HP pre hnya keluar di pasaran US je..knape ek? aku xphm betol! pasaran dunia lg besar la dr pasaran US tu. lihat sendiri la android… :)

  3. lempang pada 03 Sep 2011

    why change something that works? android proved itself to be a reliable OS backed by Google.. webOS will have no chance in competing..

  4. Khairi Zulfadhli pada 03 Sep 2011

    sammmy patut beli !!

  5. Syihab pada 03 Sep 2011

    sekarang ni dunia open source…

  6. denz pada 04 Sep 2011

    suruh la facebook beli..duit diorang kan banyak..xtau nak guna kat mana dah..=)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader