Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas memperkenalkan peranti Samsung Wave dan juga tablet serta Galaxy Note pada acara Unpacked beberapa minggu yang lepas, kini Samsung dalam perancangan untuk acara Unpacked seterusnya yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2011 ini di San Diego. Buat masa ini, peranti yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui, tapi ramai mensasarkannya adalah Nexus Prime yang dinantikan.

Walaubagaimanapun, Samsung seperti biasa, masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, dan menjadikannya sebuah teka-teki kepada para peminat dan pengguna mereka.
Sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura berkaitan dengan Nexus Prime telah kedengaran, yang mana merupakan peranti dengan Android Ice Cream Sandwich daripada Samsung. Namun berkemungkinan kita terpaksa menantikan pengumuman daripada Google terlebih dahulu sebelum dapat melihat Samsung melancarkannya.
Selain daripada peranti Nexus Prime, ia juga berkemungkinan yang mana Samsung memperkenalkan peranti Windows Phone Mango pada acara tersebut. Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pada 11 Oktober kelak.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
byk sgt gajet baru samsung nih…
samsung majuuu
go go PRIME…
prime laa, apa lagi
..samsung dah mula jadi mcm nokia ..kuar byk produk gajet / phone ..pengguna gak untung, sbb harga cepat turun ..tp 2nd value cnfirm jatuh mendadak
agreed!!pastu user jd boring sb hampir same je spec die..buat hilang exclusive!sb tu apple product bole maintain rege utk jangkamasa pnjang..konsep produk tunggal.
Terbaik
samsung ni sentiasa keluarkan gajet2 baru. sampai dah tak terikut dah gajet2 diorang ni.