Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, genap 3 tahun sejak pelayar web yang disukai ramai, iaitu projek sumber terbuka Google Chrome diumumkan, dimana sejak daripada itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam industri pelayar web, dimana kebanyakkan pelayar web utama kini lebih pantas dan ringan berbanding sebelum-sebelum ini.

Google Chrome 1.0 telah dilancarkan kepada umum pada 11 Disember 2008. Kini, pembangunan Chrome 15 telah pun dimulakan, dimana Chrome 14 ditawarkan dalam bentuk beta, selain Chrome 13 yang ditawarkan melalui saluran stabil mereka. Chrome boleh diperkatakan salah satu pelayar web yang ringan dan pantas, serta menyediakan pelbagai sokongan sekuriti melaluinya.
Baru-baru ini, Chrome turut diperkatakan akan membawakan sokongan aplikasi C+ melaluinya, membolehkan lebih banyak aplikasi kelak dijalankan terus melalui pelayar web Google itu.
Kini, bersempena dengan ulang-tahun ketiga Chrome, Google turut menyediakan sebuah infografik ringkas dalam bentuk HTML5, memperlihatkan evolusi teknologi dan pelayar web dari dulu sehingga sekarang.
21 Komen
Tinggalkan Komen Anda
3 tahun dan rupernyer.. raser cam dah lamer.. HB chrome..
chrome memang ok…………………….tp aq still prefer mozilla… heheh
ttp setia dgn chrome. mmg pantas dan puas hati pakai
aku ngan chrome xdpt dipisahkan..
eh da 3 taun ek.. aku bru pakai 2 taun klu x silap.. dah totally abandoned ff dah..haha
walaupun dah 3 thun.. tapi aried stil pkai MF.. heehhehe
chrome tetap terbaik!!
HB chrome
the chrome the best in the world….
kejap je dah 3 tahun…. namun pembangunan dia laju….
hepi befdei to yu …
hb..
kalau dah ada add on macam firefox lgi best, dah boring ngan firefox yang selalu crash…
xsedar dh 3 thn chrome rupa2 nyer!
taktau kenapa kalau guna chrome ,kdg2 loading separuh jalan..
baby lagi nih..
Chrome guna mozilla pun guna.
Chrome terbaik !!!
chrome. sy musti pilihh..
sudah 3 tahun chrome telah berkhidmat dengan cemerlang
im still using IE…hehe