Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada RakanSukan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan juga AppsMalaysia yang baru mengeluarkan aplikasi pertama mereka , SHEAL, salah satu projek yang turut sama menerima dana daripada Dana Belia 1Malaysia merupakan SOFEss, dan hari ini, mereka mengumumkan yang mana laman mereka turut sama menyokong pendaftaran melalui akaun Facebook bermula hari ini.
SOFEss (SOcial, Friends, Educational Study Solutions) merupakan salah satu rangkaian sosial yang memfokuskan pada pendidikan, membolehkan para pelajar berhubung antara satu sama lain, dan juga bersama-sama dengan guru-guru dengan mudah dan senang.
Sebelum ini, pada bulan Mac yang lepas, SOFEss telah dianugerahkan dengan dana sebanyak RM100,000 melalui Dana Belia 1Malaysia untuk membangunkan idea tersebut, dan kini ia kelihatan yang mana sedikit demi sedikit perkembangan mula diperlihatkan melalui laman yang dijana menggunakan phpFox itu.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
You can know atau You can now?
Confuse jap. Kalau aku salah, tlg betulkan~
Apapun, 100k tu.. banyak tu.. harap mampu buat lebih lagi dari sekadar FB Connect..
mungkin boleh lancarkan apps.. budak sekolah sekarang jangan main-main wo.
owner SOFEss cun.. hahaha.
+1.. HAHA~
likes this. personal twitter ada tak? nak follow.. haha
like this..
RM100,00 ribu! wow!
Emm.. Konsep sofess nie sama dgn 1kampus.com ler kan yg Amanz pernah review dulu kan..
wah, hebat! buat web pun leh dapat dana 100 k, kalau ikut concept, nampak macam lebih kurang konsep kami. apa2 pun good luck! gunakan 100 k tu sebaik2nya, jangan enjoy pulak. competition dunia social network sekarang ni makin sengit.
terlalu awal untuk letak iklan.. dah dapat 100k try improve system dulu dah ramai, baru cari ad yang lebih sesuai.
Betul. Awal-awal lagi dah letak nuffnang. Rasanya 100k tu pun belum abis lagi pakai untuk benda tu.