07Sep

Sony Ericsson Malaysia Memperkenalkan Xperia Arc S

Gajet

Sony Ericsson Malaysia hari ini telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka, iaitu Sony Xperia Arc S yang mana telah diperlihatkan pada acara IFA yang diadakan di Berlin baru-baru ini. Namun begitu, buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dimulakan jualan di Malaysia, selain harga jualan tempatannya yang masih menjadi tanda tanya.

Ahli keluarga Xperia Arc yang baru ini membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, dan seperti yang lain, ianya turut menggunakan sistem operasi Android, bersama-sama dengan antaramuka khas yang dibangunkan oleh Sony Ericsson sendiri. Ianya turut membawakan sokongan teknologi 3D Panorama Sweep daripada Sony.

Sony Xperia Arc S ini lebih menumpukan kepada kepantasan dan kelajuan. Mungkin nama tambahan S tersebut datangnya daripada “Speed”. Melalui Xperia Arc S, ianya membawakan sokongan kamera yang lebih 25% pantas, dengan pelayaran web yang lebih 20% pantas berbanding peranti Xperia Arc yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia Arc S ini membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, kamera 8.1 megapixel dengan sokongan Exmor R, skrin seluas 4.2-inci dengan sokongan Mobile Bravia, dan juga menggunakan Android Gingerbread 2.3.

Sony Xperia Arc S ini dijangka akan dilancarkan dan dijual di Malaysia pada suku tahun keempat tahun ini. Selain daripada itu, Sony Ericsson Malaysia juga dijangka akan mulakan jualan Xperia Ray dan juga Xperia Active di Malaysia tidak lama lagi.S


HTC Rhyme Dilancarkan - Memfokuskan Pengguna Wanita
Amazon Melancarkan Kindle Fire Bersama-sama Dengan Amazon AppStore Dan Silk
Samsung Mempertontonkan Teknologi Paparan Dan Skrin Yang Fleksibel
Peranti Samsung Yang Bakal Diumumkan Pada MWC 2012 Mula Kelihatan
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S3

13 Komen

  1. shuzack pada 07 Sep 2011

    Perrrghh!
    Specs yg gempak. Lawan Samsung Galaxy S2 ni. Agak2 harga lebih kurang dgn S2 kot. Haha

    • snazzybizarre pada 07 Sep 2011

      rasenye x kot… sbb dier bkan dual-core … nh mcm pesaing galaxy S plus

  2. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 07 Sep 2011

    xde kamera depan? fail

    • aku pada 07 Sep 2011

      kalau ada camera depan baru gempak…comfirm kalah galaxy Plus

      • lanz pada 07 Sep 2011

        bosan la tade camera dpn :(

  3. arpem pada 07 Sep 2011

    nice

  4. pangolin pada 07 Sep 2011

    xperia arc s2 mungkin boleh lawan galaxy s2

  5. Blangkat Ahmad Basimin pada 07 Sep 2011

    wow gempaks

  6. ekspresiruang pada 07 Sep 2011

    nampak lebih maskulin berbanding design iPhone dan Galaxy S2

  7. zulware pada 07 Sep 2011

    gempak nie..!

  8. Abusipenchuri pada 06 Oct 2011

    Android OS still tak support video calling. So no point pun kalau ada camera kat depan

    • faridpenang pada 10 Oct 2011

      bro.. android 2.2 pun dah boleh buat video call..

  9. androidians pada 10 Oct 2011

    video call biase hanya ada kat Samsung device…kalau third party app utk video call, dah beratus2 dah…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader