Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, Sony secara rasminya telah pun mengumumkan dua tablet mereka yang dinantikan ramai, iaitu Sony Tablet S dan juga Sony Tablet P, yang mana kedua-duannya menggunakan sistem operasi Android 3.1 Honeycomb dan masing-masing didatangkan dengan perkhidmatan tambahan daripada Sony sendiri.

Sony Tablet S membawakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 2 dengan kelajuan 1GHz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin seluas 9.4-inci, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan untuk sokongan panggilan video. Ianya juga turut sama membawakan sokongan port USB, dan juga slot khas untuk kad SD.

Sony Tablet P pula merupakan tablet dwi-skrin daripada Sony, yang mana membawakan dua skrin 5.5-inci yang boleh ditutup seperti buku, dan juga cip pemprosesan NVIDIA Tegra 2 sama seperti Sony Tablet S. Tarikh pelancaran dan harga untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.
Menariknya adalah dimana kedua-dua tablet ini akan turut menyertakan aplikasi Video Unlimited yang mana membolehkan para pengguna menyewa filem seperti pada Google Android Video, selain pada masa yang sama turut membawakan Music Unlimited yang memberikan akses kepada berjuta-juta muzik percuma selama enam bulan pertama. Kedua-duanya juga turut sama akan membolehkan para pengguna memuat-turun dan bermain beberapa permainan konsol PlayStation 1 padanya.
Pelancaran rasmi kedua-dua tablet ini di Malaysia, dan harga jualan tempatannya masih tidak diketahui buat masa ini.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tercabar ipada2 nanti
macam best.. tapi harga dia sure super duper mahal giler nanti -.-
Wow tip-toplah sony nie !!!
collll
wahh, saya pun teringin nak ada satu,… ehe
Spec sony table S nampak mantap
huh…
Tablet S nk buat aper..?
pakai MicroSD kena copy msuk internal memory dulu…
x leh pakai directly…
Source: engadget.com
jangan cepat hang suda…
kita tgk nnt sejauh mana kemampuan sony nk bersaing tablet pc dgn apple dan samsung. tunggu review penuh dari pengguna
Kalau sony kompem mahal ni
nice!
sony pn wat table anroid! mantap..
macam best!!camera mesti power..
tunggu tegra 3 la
sony pn dah nk maju…even cmre2 sony pn dah dahsyat mcm canon n nikon…yg terbru ni Sony A77 dgn Nex-7….super duper pnye cmre meyhh…