Cari @ Amanz

Nampaknya , mungkin tidak lama lagi kita akan dapa menggunakan Facebook Music di Malaysia, apabila kini ia dilaporkan yang mana Spotify, salah satu penyedia perkhidmatan muzik-awan dijangka akan memperluaskan perkhidmatan mereka ke Asia.

Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana buat masa ini Spotify sedang mencari beberapa pekerja di Hong Kong, Singapura dan juga Sydney. Menariknya adalah, berkemungkinan kita turut akan mendapat perhatian awal apabila Spotify membuka operasinya di Singapura kelak.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Asia masih tidak diketahui lagi, tetapi ia diperkatakan yang mana Spotify sedang dalam usaha mengutamakan pelancaran di Asia Pasifik tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan ketibaannya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd