10Sep

Telefon Pintar BlackBerry Berasaskan QNX Kini Dilajukan Pembangunannya?

Gajet

Ingatkah lagi berkenaan dengan telefon pintar berasaskan QNX daripada RIM? Kini, ianya diperkatakan Research In Motion dalam usaha untuk mengeluarkan telefon pintar pertama yang dijana menggunakan QNX, memandangkan permintaan untuk peranti pintar BlackBerry 7 tidak mencapai sasaran buat masa ini.

Ianya disasarkan yang mana RIM telah mengeluarkan lebih 12 juta peranti pintar BlackBerry pada suku tahun kedua tahun ini. Buat masa ini, peranti BlackBerry 7 bakal dijual secara rasminya bermula daripada 15 September ini di Malaysia. Namun begitu, beberapa syarikat telekomunikasi telah pun mula menjualnya sejak daripada penghujung bula yang lepas.

Pada masa yang sama, sebelum ini, ianya pernah diperkatakan, telefon pintar pertama QNX bernama BlackBerry Colt dijangka akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Walaubagaimanapun, dengan melihat laporan-laporan awal ini, berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti tersebut dulancarkan lebih awal sedikit. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.


Microsoft dan HP Akan Memperkenalkan Courier Hari Ini?
Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire Z
iPad 2 Bakal Di Lancarkan Bulan Januari 2011?
Nikon Memperkenalkan Kemaskini Untuk Keluarga Kamera Coolpix
Pandang Pertama : Tablet Hyundai A7HD Bersama Android 4.0 ICS

5 Komen

  1. Dr House pada 10 Sep 2011

    Pernah install QNX RTOS lama dulu. Berakhir kat telefon bimbit rupanya OS ni.

  2. anazhd pada 11 Sep 2011

    cant wait. lupekan Bold 4, new Curve, new torch. collect money for colt :3

  3. wazy pada 11 Sep 2011

    Hehe kena kumpul duit lagi ni

  4. steady eddie pada 11 Sep 2011

    begitulah teknologi..fuuhhhhh…kejarla selagi boleh…

  5. rahman pada 11 Sep 2011

    typo: bula = bulan
    dulancarkan = dilancarkan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader