Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Maxis hari ini, telah pun mengeluarkan notis, mengatakan yang mana mereka akan mengemaskini sistem, dan oleh kerana itu, tiada sebarang notis akan dikeluarkan apabila penggunaan data mencapai 80% ataupun 100% seperti sebelum-sebelum ini, dan hanya meminta para pengguna memantau penggunaan mereka sendiri.

Buat masa ini, pakej iValue adalah untuk para pengguna iPhone sahaja, dan mungkin mereka yang menggunakan pakej dan pelan Maxis perlu memantau penggunaan mereka, supaya tidak dikenakan caj bayaran tambahan disebabkan olehnya. Selain daripada iValue, tiada sebarang pengumuman berkaitan perkhidmatan data yang lain daripada Maxis, dan mungkin mereka yang lain terus akan mendapat mesej amaran apabila mereka mencapai kuota yang sepatutnya.
Tips awal daripada @RotiKaya
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
huhu..Sya tak terlibat sebab bukan pengguna iphone
untung la maxis wat camnie…. mesti ramai terbabasnya…..
oh wujud ke notification ni.. selalu aku dpt bila dh terbabas data…. maxis suck big time…
celcom pun ada gak ke notice camni??
guna lah apps untuk monitor data usage anda semua
tak perlu risau, kat dalam iphone mmg dah ada data usage monitor. cuma ada sesetengah pihak cakap, data usage ni mungkin tak accurate untuk iphone yang jailbreak.
Hoho..tak terlibat~
Tapi mesti ramai yang terlebih data usage nih..
pakai cukup2..hint diorg x dpt pantau kot hehe
hahah!! paw lagikkk
install je app yang boleh cap data usage.. kalau symbian ada mobile guard.. berguna amat.