Setelah memperkenalkan MyEmail dalam versi Beta sebelum ini pada pertengahan bulan yang lepas, hari ini, laman utama MyEmail memperlihatkan sedikit perubahan, dimana mereka telah membuang tanda Beta pada laman mereka, memperlihatkan yang mana kini laman mereka telah pun memasuki versi stabil.

Melalui MyEmail, ia membawakan beberapa fungsi tambahan, selain daripada hanya perkhidmatan emel sahaja, iaitu termasuk sokongan laman-laman sosial yang lain diintegrasikan padanya, kebolehan membayar bil terus daripada laman tersebut, serta sokongan Marketplace. Pada masa yang sama, memandangkan MyEmail menggunakan perkhidmatan Windows Live, para pengguna juga turut sama mendapat akses ke Office WebApps dan juga Skydrive secara percuma.
Buat masa ini, pihak MyEmail masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perubahan ini pada laman mereka, ataupun melalui akaun Twitter atau Facebook mereka.
berapa ramai dah mendaftar dengan MyEmail?
baru daftar..nak tengok berapa lama proses pengesahan daripada JPN tu diambil ^^
Bila tengok ruangan MyKad Number, terus hilang keyakinan nak register .. huhuhu
aman, bagi la review pasal bende nni, malas nak explore hohoho
stuju.. kurang yakin plak aku..
aku kurang yakin tp….. aku dah ter register… huhuhu.
Kalau x wajib, malas la nak register.
ini projek kasi saham meningkat k makin merudum
malas nak daftar.. ckup la yahoo ngn gmail nie
Dah register. Konsepnya sama macam website http://www.gov.my dulu. Bezanya sekarang diorang tambah e-mail.
hahah. aku tgk mycard number, terus berbelah bagi nk dftar atau tdk… internet nie mcm2 bleh jadi…jadi, mls la aku nk letak nama sebenar….