Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan MyEmail dalam versi Beta sebelum ini pada pertengahan bulan yang lepas, hari ini, laman utama MyEmail memperlihatkan sedikit perubahan, dimana mereka telah membuang tanda Beta pada laman mereka, memperlihatkan yang mana kini laman mereka telah pun memasuki versi stabil.

Melalui MyEmail, ia membawakan beberapa fungsi tambahan, selain daripada hanya perkhidmatan emel sahaja, iaitu termasuk sokongan laman-laman sosial yang lain diintegrasikan padanya, kebolehan membayar bil terus daripada laman tersebut, serta sokongan Marketplace. Pada masa yang sama, memandangkan MyEmail menggunakan perkhidmatan Windows Live, para pengguna juga turut sama mendapat akses ke Office WebApps dan juga Skydrive secara percuma.

Buat masa ini, pihak MyEmail masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perubahan ini pada laman mereka, ataupun melalui akaun Twitter atau Facebook mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd