28Sep

MeeGo Dimatikan – Berevolusi Kepada Tizen Dibawah Sokongan Intel Dan Samsung

Sumber Terbuka

Nampaknya, bagi yang tertanya-tanya mengenai masa depan MeeGo, kini berita mengenainya telah pun diketahui. Seperti sedia maklum, MeeGo merupakan gabungan daripada Maemo dan juga Moblin, masing-masing milik Nokia dan Intel yang digabungkan dibawah Linux Foundation, dan kini ia kelihatan pembangunannya akan diteruskan melalui projek Tizen yang mana masih lagi dibawah Linux Foundation.

Projek Tizen ini akan dibangunkan bersama-sama oleh Intel dan juga Samsung, dan akan menggunakan lesen sumber terbuka membolehkan sesiapa sahaja menyertai dan menggunakannya. Menariknya mengenai Tizen adalah dimana ia akan lebih mengutamakan kepada sokongan aplikasi berasaskan HTML5 padanya, serta menyokong pelbagai peranti, dari telefon pintar, tablet sehinggalah kepada televisyen dan kenderaan dan sebagainya.

Para pembangun MeeGo juga kini digalakkan menyertai transasi ke Tizen, memperlihatkan yang mana berkemungkinan kemaskini Tizen akan diperkenalkan kepada para pengguna MeeGo sedia ada. Namun tiada kepastian mengenainya buat masa ini.

Tizen disasarkan untuk dilepaskan pada suku tahun pertama 2012, dengan peranti Tizen pertama daripada Samsung akan berada dipasaran seawal pertengahan tahun hadapan.


Mozilla Fennec - Firefox Versi Mudah Alih
Plugin WordPress Yang Tidak Dikemaskini Lebih 2 Tahun Akan Dibuang Dari Halaman WordPress
Samsung Dan Google Bakal Memperkenalkan Nexus Prime Pada 11 Oktober
Canonical Meminta Para Pengguna Ubuntu Menggunakan Pakej OpenJDK Mengantikan Java
Samsung Bakal Turut Melancarkan Galaxy Tab Baru Dan S-Cloud Pada 3 Mei

11 Komen

  1. Azam pada 28 Sep 2011

    Dengan penglibatan Samsung dalam projek ini menjadikan ianya lebih menarik…

  2. ali mamak pada 28 Sep 2011

    ape suda jadi… hmmmm

  3. Namawi pada 28 Sep 2011

    Samsung, the new Apple that hide behind open source mobile OS.

  4. faeez faster pada 28 Sep 2011

    uh?meego baru nak hidup tgk dunia tp nak dimatikan da? pelik~ same kes mcm meamo5 dlu…adakah N9 akan jadi sprti N900? sigh~

  5. Hafoz pada 28 Sep 2011

    Akhirnya hala tuju MeeGo dah terjawab………. jom pakat beli Nokia

  6. Juan pada 28 Sep 2011

    ala, aku x minat la samsung nih, TV xpa la, utk henpon, ermm …. sigh

  7. redzabes pada 28 Sep 2011

    rasanya n9 nnt pkai windows phone os

  8. shuzack pada 29 Sep 2011

    Maemo + Moblin = Meego + LiMo = Tizen? Macam2 hal.. =.=’

  9. EddyGeek pada 29 Sep 2011

    kalau samsung, ada la sikit keyakinan aku nak mencuba Tizen. apa pun open source rock!!

  10. jimmy pada 29 Sep 2011

    samsung ker? kesianla kat meego..

  11. shahrulfaizal pada 29 Sep 2011

    lor, kata nokia n9 nak pkai meego..apa cerr ni??….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader