09Sep

Twitter Akan Berbahasa Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

Web 2.0

Selain mengumumkan angka pengguna aktif Twitter yang kini melangkaui angka 100 juta orang, Twitter turut sama mengumumkan yang mana dalam masa beberapa minggu lagi, mereka akan melancarkan sokongan bahasa Malaysia pada Twitter secara rasminya. Walaubagaimanapun, tarikh pasti masih belum diumumkan oleh mereka.


Gambar Sekadar Hiasan

Sebelum ini, pada bulan Julai yang lepas, Twitter telah memulakan proses penterjemahan laman mereka ke Bahasa Malaysia, dengan bantuan beberapa pengguna tempatan. Bagi yang berminat, anda masih boleh menyumbang kepadanya dengan mudah, dimana anda boleh ke laman rasmi Twitter Translator dan memulakan proses penterjemahan dengan mudah dan senang.

Ini juga bukanlah perkara baru, dimana Twitter mengoptimasikan laman mereka untuk para pengguna tempatan. Sebelum ini, pada bulan April yang lepas, Twitter turut sama telah memperkenalkan sokongan topik terhangat kepada pengguna di Malaysia. Mungkin dalam masa akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi-fungsi baru yang menyokong pengguna tempatan. Sama-sama kita nantikannya.


Teknologi dan Internet Sepanjang Tahun 2009
RIM Turut Meminta Jiwang.org Dihalang Aksesnya
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
MAS Melancarkan Chrome Extension - MHQuick
Pembangun Aplikasi Twitter? Mari Sertai TeaTimeKL Pada 22 Oktober Ini

32 Komen

  1. anazhd pada 09 Sep 2011

    Totally awkward.

  2. Affan Ruslan pada 09 Sep 2011

    “Apa sedang berlaku?”

    • IkmalRedza pada 09 Sep 2011

      Kalau letak “Apa cerita?” baru la betul. Tak pun “Apecer” kalau tak mau skema. Hahai!

      • mattoyol91 pada 11 Sep 2011

        Peliharalah dan sayangilah bahasa kebangsaan kita sendiri. Orang luar pun tidak mahu menghormati bahasa anda jika anda sebagai rakyat tempatan merosakkan bahasa sendiri. Renung-renungkanlah.

  3. snazzybizarre pada 09 Sep 2011

    bangsa jiwai bahasa, bahasa jiwa bangsa !

  4. Ismail pada 09 Sep 2011

    hahaha menarik jugak….

  5. Omar pada 09 Sep 2011

    Apa sedang berlaku… hoho..ayat dia menarik..

  6. Han pada 09 Sep 2011

    baguslah macam tu..

  7. Alan pada 09 Sep 2011

    Ini menunjukkan rakyat Malaysia suka ber’sosial networking.

  8. ekspresiruang pada 09 Sep 2011

    mcm xbest je. nampak skema.
    tak guna gak letak dlm Bahasa Melayu tapi penggunaan bahasa Melayu org Malaysia yg guna twitter xmcm bahasa Melayu standard.

    • IzhamHasan pada 09 Sep 2011

      Sokong..memang xmcm bahasa melayu betul,cam planet namek pon ade jgk..haha

  9. Faiz pada 09 Sep 2011

    nk menarik rmai lg warga Malaysia ni..

  10. Hisyam pada 09 Sep 2011

    kalau bahasa twitter melayu baku, tapi tweet bahasa pasar. nampak totally ackward.

  11. EddyGeek pada 09 Sep 2011

    huh, guna english gak. awkward..

  12. shahrul pada 09 Sep 2011

    dh biasa guna BI ni mcm pelik plak hhehe

  13. Wan Perlis pada 09 Sep 2011

    susah jugak bila bahasa it ditukar ke bm

  14. raja_unta pada 09 Sep 2011

    Wah.. Makin canggih dunia skg.. Hidup bahasa malaysia! hidup negaraku Malaysia!

  15. msat1891 pada 09 Sep 2011

    bila di melayukan..macam kelakar sikitlah..haahaa

    • mattoyol91 pada 11 Sep 2011

      Apa yang kelakarnya. Tiada apa yang kelakar tentang bahasa kebangsaan melainkan jika anda seorang pendatang luar.

  16. Fairuz Sulaiman pada 09 Sep 2011

    Saya menyokong penggunaan Bahasa Malaysia sebagai memartabatkan penggunaan bahasa bagi setiap negara. Walaupun diperkatakan sebagai ‘skema’ , Bak kata P. Ramlee. Bahasa menunjukkan bangsa.. Buktikan bangsa malaysia antara terbaik di dunia.

    • mattoyol91 pada 11 Sep 2011

      Betul tu saudara. Buktikan bahawa bahasa Melayu antara bahasa terbaik di mata dunia, barulah orang akan menghormati kita.

  17. alraubi pada 09 Sep 2011

    Bahasa Melayu lebih tepat. Bahasa Malaysia cuma ‘penjenamaan semula’ :-)

  18. jyundoo pada 09 Sep 2011

    walaupun rasa pelik sikit menggunakan dalam bahasa Melayu, tapi, tetap berbangga dgn perkembangan terbaru ni. go go

  19. Ahmad Hati pada 09 Sep 2011

    Mesti kelakar gila

  20. yapompiow pada 09 Sep 2011

    lawak plak! english much better

    • mattoyol91 pada 11 Sep 2011

      Bagaimana seseorang itu hendak maju ke hadapan jika seseorang itu lebih menyanjungi bahasa luar. Lihatlah orang Jerman dan Jepun, bangsa mereka maju disebabkan nilai bahasanya.

  21. Vendetta pada 09 Sep 2011

    Bahasa yang “skema” tu lah yang semua orang tak kira yang Melayu atau bukan melayu senang nak faham….

  22. syafiq pada 09 Sep 2011

    nasib tak guna bahasa puitis

    “tinggi tinggi si burung pungguk,
    duduk berehat di atas dahan,
    telinga dengar mata tertengok,
    berlaku apa di kawasan tuan”

    • syafiq pada 09 Sep 2011

      tapi tapi bawah gambar tu ada tulis;

      ‘Gambar Sekadar Hiasan’ so tipu la ni? kehkeh

  23. paeh pada 09 Sep 2011

    apa sedang berlaku….? ganti dengan….

    apakehei, gapo dio… kahkah!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Twitter Bahasa Melayu | lomotech

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader