15Sep

Twitter Kini Boleh Digunakan Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu

Web 2.0

Seperti mana yang kami perkatakan sebelum ini, kini Twitter sudah pun boleh didapati dalam bahasa Melayu, selain daripada beberapa bahasa lain, termasuk Hindi dan juga Bahasa Cina Tradisional, menjadikan jumlah bahasa yang disokong oleh Twitter kini berjumlah 17 bahasa.

Bagi para pengguna tempatan yang ingin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Twitter, anda cuma perlu ke halaman tetapan, dan seterusnya dibahagian Language, pilih Bahasa Melayu, dan seterusnya menyimpan tetapan dan sudah boleh menggunaan Twitter dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Berkemungkinan, selepas ini, kita akan dapat turut sama melihat aplikasi rasmi Twitter turut sama ditawarkan dalam bahasa Melayu. Sama-sama kita nantikannya.


MySpace Membuka Peluang Kepada Pembangun Aplikasi Dari Asia
Blogtitude Mula Mengintegrasikan Facebook Connect
Twitter Mengambil-Alih Pasukan Disebalik AdGrok
Ebay Mengambil-Alih Magento
Universiti Malaya Memperlihatkan Aplikasi Pembelajaran Dan Simulasi Elektronik Pada iOS Dan Android

16 Komen

  1. Twit N View pada 15 Sep 2011

    pembangun aplikasi tempatan pun boleh mulakan bina aplikasi twitter yg support bahasa melayu juga..

  2. Wildan Azan pada 15 Sep 2011

    @menyebut

    • scromix pada 15 Sep 2011

      +1

  3. lepat pada 15 Sep 2011

    bagus..cuma tak berapa biasa guna bm untuk twitter..he..he.

  4. lin azlina pada 15 Sep 2011

    baguslah…bahasa melayu itu bahasa kita

  5. ekspresiruang pada 15 Sep 2011

    Tweet tu dlm bahasa Melayu apa eh?
    Apa kata letak istilah Retweet tu sbg Kicau Semula. Huhu

    • muhammad fakhruddin pada 15 Sep 2011

      Sesetengah istilah teknologi lazimnya diserap terus ke dalam bahasa Melayu.

  6. paeh pada 15 Sep 2011

    yang belah kiri tu suppose to be mengikut…. errr

  7. harith pada 15 Sep 2011

    jangan bahasa melayu rosak plk..

  8. aReaL pada 15 Sep 2011

    Bagus La, Lepas Ni Yang Kurang Mahir Dalam Bahasa Omputih Buleh Join Twitter..

  9. anastasyea pada 15 Sep 2011

    terbaik !!!

  10. buyat pada 15 Sep 2011

    naikkan bahasa melayu baru betul

  11. zerous pada 15 Sep 2011

    bagus ader sedikit martabat bahasa kita

  12. Teratoman pada 15 Sep 2011

    Macam mana kita nak bantu perbaiki ya? Sebab banyak terjemahan yang tak berapa sedaplah.

  13. msat1891 pada 16 Sep 2011

    agak aneh jugak..-_-


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader