22Sep

Twitter Mematikan Aplikasi BlackBird Pie – Kini Mempromosikan Aplikasi Pihak Ketiga

Web 2.0

Biasanya kita dengar akan yang mana Twitter sentiasa memperkenalkan aplikasi mereka sendiri dan memberikan impak negatif kepada aplikasi pihak lain. Namun, berbeza hari ini, Twitter telah pun mematikan aplikasi Blackbird Pie daripada mereka, dan kini mempromosikan aplikasi pihak ketiga yang lain melalui laman mereka.

Melalui Blackbird Pie sebelum ini, Twitter memudahkan para pengguna yang ingin menyertakan sesuatu Tweet pada artikel mereka, dengan menyediakan kod embed khas. Ia masih lagi tidak diketahui mengapakah Twitter mematikan fungsi tersebut, dan ianya kelihatan yang mana halaman web tersebut kini membawa pengguna ke suatu halaman khas, yang menyediakan beberapa alternatif untuk aplikasi BlackBird Pie.

Antara alternatif yang ditawarkan oleh Twitter sekarang adalah Embed.ly, Storify, dan juga Embed Tweet.


WordPress 2.9 Pada Hujung Minggu Ini
Blogger Penyedia Blog Terbaik Dengan Masa Uptime 100%
Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu
Facebook Places Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
Fuyoo - Laman Jual-Beli Dengan Konsep Baru Dilancarkan

2 Komen

  1. brobard pada 22 Sep 2011

    nice..

  2. zuls pada 22 Sep 2011

    selalu guna blackbird pie ni..

    nasib baik ada alternatif lain :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader