21Sep

Twitter Menyokong Penghantaran Dan Penerimaan SMS Melalui Celcom Secara Rasmi

Telekomunikasi, Web 2.0

Setelah hampir 2 tahun Celcom memperkenalkan perkhidmatan Twitter via SMS mereka, kini nampaknya, ianya mendapat sokongan rasmi daripada Twitter, dimana hari ini, pihak Twitter sendiri telah tweet menggunakan akaun mereka memperlihatkan sokongan Twitter melalui SMS. Namun begitu, kaedah pengaktifannya berbeza dengan apa yang diperkenalkan oleh Celcom sebelum ini.

Mungkin ramai yang tertanya akan perbezaan dengan apa yang diperkenalkan oleh Celcom sebelum ini. Sebelum ini, Celcom hanya sekadar membolehkan para pengguna untuk menghantar Tweet sahaja tanpa had pada kadar Rm1 seminggu. Berbeza dengan kemaskini yang diperkenalkan hari ini, para pengguna boleh menghantar dan menerima Tweet tanpa had terus melalui SMS pada kadar RM1 seminggu. Pengguna juga boleh mengikuti seseorang pengguna dengan senang terus melalui penggunaan SMS.

Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu menghantarkan SMS dengan teks START ke 28933. Anda juga boleh menghentikan perkhidmatan ini dengan menghantar STOP ALL ke 28933, dan menyah-aktifkan perkhidmatan tersebut.

Celcom subscribers in Malaysia can now send and receive tweets via SMS. Begin by sending START to 28933! Welcome to Twitter!
Sep 19 via webFavoriteRetweetReply


Muktamar Pas Ke-55 Secara Langsung Di Web
Bing Mengintegrasikan Carian Masa Nyata Dari Twitter
Pelanggan UniFi Melangkaui Angka 65,000
Aplikasi Universiti Malaysia Pahang Untuk iOS Kini Dalam Pembangunan
Admax Network Diambil-Alih Oleh Komli Media - Menjadi Platform Media #1 Asia Pasifik

7 Komen

  1. Izzat Aziz pada 21 Sep 2011

    terima tweet? untuk mention? kalau tak.. penuh ah kotak mesej.. lol

  2. arpem pada 21 Sep 2011

    betol2,,,, Izzat Aziz, penuh la kotak mesej…

  3. topo pada 21 Sep 2011

    ni macam txt la kan?

  4. snazzybizarre pada 21 Sep 2011

    akhirnya… setelah mencari sekian lama… haha

  5. cakerapujangga pada 22 Sep 2011

    Dah cuba, tapi kenapa x boleh nak ‘tweets on mobile’ orang lain. Bila klik lambang ‘tweets on mobile’ tu akan ada popup untuk activate your phone. Ada siapa boleh bantu? hhmmm..

    • cakerapujangga pada 22 Sep 2011

      Dah jadi, entah kenapa aku tukar ke English baru jadi. Hmmm..

  6. Syukri Lajin pada 22 Sep 2011

    apps chrome dekat computer pon tak terbaca.. send masuk phone fening la jawabnya. hohoho


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader