30Sep

Twitter Untuk BlackBerry 2.1 Bakal Menyertakan Sokongan Multi-Akaun

Perisian, Web 2.0

Setelah sekian lama dinantikan, kini ia kelihatan yang mana aplikasi rasmi Twitter untuk BlackBerry bakal membawakan sokongan lebih daripada satu akaun padanya, membolehkan para pengguna BlackBerry mengakses lebih daripada satu akaun Twitter dengan mudah melalui peranti mereka.

Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan melalui Twiter untuk BlackBerry 2.1 yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan pada Beta Zone terlebih dahulu. Selain daripada sokongan multi-akaun, ia juga bakal menyertakan beberapa perubahan kecil pada antaramukanya, serta beberapa perkara yang lain bersama-sama dengannya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran aplikasi Twitter untuk BlackBerry 2.1 di BetaZone pada minggu hadapan untuk maklumat lanjut mengenainya.


Opera 10 Menepati Ujian Acid3
Nokia Memperkenalkan Live View
Sejuta Pengguna - Laman GroupsMore Dimatikan - Memfokuskan Sepenuhnya Pada Groupon Malaysia
Triberr Dijenamakan Semula - Tiada Lagi Tweet Secara Automatik
Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 60,000 Aksara

8 Komen

  1. shahrul pada 30 Sep 2011

    ok la kalau ada byk akaun

  2. engine pada 01 Oct 2011

    amanz boleh la pakai.. tiptop kan!.. hahah

  3. yapompiow pada 01 Oct 2011

    terbaik lah twitter for blackberry nie

  4. Alan pada 01 Oct 2011

    Baik untuk pengguna tegar twitter.

  5. Ahmad Hati pada 01 Oct 2011

    Nak challange FB

  6. Zulhilmi Zainudin pada 01 Oct 2011

    Ini bagus! Memudahkan orang yang ada banyak akaun Twitter macam saya ;)

  7. WanShamz pada 01 Oct 2011

    Tak penting. Yang penting, ada fungsi RT tak? sebab itu kebanyakan pengguna BB akan menggunakan ubersocial. Benda yang simple seperti RT pun takde nak pakai apanya. Aku suka simplicity pada twitter for BB ni tapi sebab takde fungsi RT memang aku takkan pakai.

  8. funzool pada 01 Oct 2011

    ini yg dinantikan. susah nk logout login utk yg kene jaga twitter acc company. haha. dedua pon kene bg phatian


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader