Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, melalui kemaskini BlackBerry Messenger sebelum ini, ianya telah didatangkan dengan sokongan integrasi aplikasi pihak ketiga, dan menariknya, kini aplikasi UberSocial yang digunakan ramai pengguna BlackBerry dilihat akan membawakan sokongan tersebut melalui kemaskini aplikasi mereka tidak lama lagi.
Buat masa ini, aplikasi UberSocial versi baru sedang dalam proses ujian beta tertutup, dan beberapa paparan awal telah pun memperlihatkan sokongan tersebut. Melaluinya, ianya akan membolehkan para pengguna UberSocial untuk mengemaskini status mereka di BBM dengan mudah dan senang, yang mana semestinya telah dinantikan oleh ramai pengguna BlackBerry untuk sekian lama.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah UberSocial dengan sokongan integrasi BBM ini akan diperkenalkan kepada umum. Namun mungkin dengan perkembangan ini, kita boleh menjangkakan pelancarannya tidak lama lagi.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
makin lama makin mantap
makin lama makin tak privasi. sume nak share. hahaha. kalo kat bbm xleyh marah2. kat twitter boleh marah. bile dah connect nnt. abih kantoiiii..
lol. connect/bridge/share feature tu, depends on your self. kalau nak, aktifkan, kalau taknak, tak yah aktifkan >.>
simple.
yup. betul tu. hehehe.. tapi kadang2 orang terlepas pandang mende2 camni. lebih2 lagi kalo orang buta IT macam aku ni haa.=.=
ubet social