29Sep

Ubuntu One Untuk Windows Dilancarkan Secara Rasminya

Perisian, Sumber Terbuka

Hari ini, Canonical telah pun memperkenalkan klien rasmi Ubuntu One kepada para pengguna Windows, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna Windows turut sama menggunakan perkhidmatan storan maya yang disediakan oleh Canonical itu dengan mudah, sekaligus memudahkan para pengguna Ubuntu beralih ke platform lain dengan mudah dan senang, tanpa risau tidak boleh akses fail mereka.

Melalui Ubuntu One, ia menawarkan ruangan storan sebanyak 5GB secara percuma, dan turut didatangkan dengan sokongan sync ke pelbagai platform dengan mudah. Dan memandangkan kebiasaannya, pengguna Ubuntu kadang-kala mempunyai lebih daripada satu sistem operasi yang terpasang, pengenalan klien Ubuntu One untuk para pengguna Windows semestinya salah satu perkara yang dinantikan.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Ubuntu One untuk Windows, ataupun turut mendapatkannya untuk Ubuntu dan juga Android.


Nikmati Video Definisi Tinggi Dengan Media Player Classic Home Cinema
Personas Kini Menyokong Firefox Mudah-Alih
Mozilla Melancarkan Thunderbird 5
Mozilla Akan Kekal Menggunakan Angka Versi Pada Firefox Seperti Biasa
Twitter Untuk BlackBerry 2.1 Bakal Menyertakan Sokongan Multi-Akaun

9 Komen

  1. ali mamak pada 29 Sep 2011

    ape kelebihan storan dari ubuntu ni

    • EddyGeek pada 30 Sep 2011

      sync device – desktop (windows, ubuntu) , android, ios (ipad, iphone). leh stream mp3. dan bestnye 5gb free. yay

  2. EddyGeek pada 30 Sep 2011

    aku baru je dpt try beta aritue.. ada sedikit error time upload. belum apa2 dah release stabil. nak cek ni.

  3. eSafarEE pada 30 Sep 2011

    awesome

  4. zulware pada 30 Sep 2011

    good

  5. Haziq pada 30 Sep 2011

    cool

  6. AMR pada 30 Sep 2011

    terbaik!

  7. Ahmad Wan pada 30 Sep 2011

    guna ubuntu bleh akses semua tapi guna windows tak leh akses ubuntu.. hampeh gile..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader