02Sep

Ubuntu 11.10 Beta Sedia Diuji Oleh Semua

Linux, Sumber Terbuka

Dengan hanya berbaki enam minggu lagi, kini pembangun sistem operasi sumber terbuka, Ubuntu telah pun melepaskan versi beta pertama untuk Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot yang mana membawakan pelbagai perubahan, dan membolehkan para pengguna yang berminat mengujinya terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan pada bulan Oktober kelak.

Melalui Ubuntu 11.10 Beta ini, ianya membawakan pelbagai perkara baru dari segi antaramuka dan juga aplikasi dan perisian yang digunakan padanya. Ubuntu 11.10 Beta membawakan GNOME 3, pelayar web Firefox 7 Beta, aplikasi pejabat LibreOffice 3.4.2, dan pelbagai perubahan pada antaramuka Ubuntu sedia ada, termasuk Ubuntu Software Centre yang diberikan nafas baru.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan dan memuat-turun sistem operasi Ubuntu 11.10 Beta ini terlebih dahulu dan mengujinya sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.


Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun
Chromium Mencecah Angka Versi 7
Chrome Bereksperimen Dengan Halaman Skrin Memfokuskan Aplikasi
WordPress 3.3 Mungkin Memperkenalkan Kemaskini Automatik Seumpama Chrome
Semak Ejaan Bahasa Malaysia Anda Dengan Add-On MyEja Untuk Firefox

20 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 02 Sep 2011

    Bila berkaitan open source, x da siapa nak komen.. kekurangan ilmu pasal open source la malaysia ni.. tapi nak guna software free ja..

  2. Mohammad Azizul pada 02 Sep 2011

    best ke pakai ubuntu ni? dr dlu plan nak cube….apa feature utama die? anyone?

    • rajawali pada 21 Sep 2011

      cube dulu bro..xkenal maka xcinta….bila dh kenal baru taw…sangat mengujakan heheh ;)

      • Dorky Guy pada 22 Sep 2011

        dah try sejak ubuntu 8 lagi… cuma tak berkenan sebab bukan keperluan. tak boleh main game windows, tak boleh photoshop, illustrator.. kalau nak kena guna WINE baik pasang windows terus..

  3. Alan pada 02 Sep 2011

    Takut aku buntu je kalau pakai Ubuntu OS ni.

    Tapi lagi minat dengan Mac OS X Lion :)

    • rajawali pada 21 Sep 2011

      adeh relex la bro….ubuntu xmakan orang lagi setakat ni. xkn sampai nk takut pulak nk gune….

  4. budakudm pada 02 Sep 2011

    mac osx kna bayaq…cuba dlu ubuntu pasti anda x akan buntu…mac osx pun berasal dari unix sama spt ubuntu…

  5. syah pada 03 Sep 2011

    ubuntu besh.. sekarang ubuntu dah terlampau mudah untuk user baru.. caya lah.. lau dulu memang zaman compile2 sendirik yang buat user baru takut nak cuba.. tp sekarang compile2 sendirik ni cam dah payah nak jumpa.. semuanya dah ade ppa sendirik.. hehehe.. try la ubuntu, korang akan rasai perbezaan yang ketara..

  6. 9W2DDY Apandi pada 03 Sep 2011

    Ubuntu the best free Open Source… faster, smooth, friendly..and the best things…Ubuntu cannot hang your PC

  7. ali mamak pada 03 Sep 2011

    kalo nak pakai ubuntu yg baru pn.. spec msti la baru jgk..
    kalo spec lame.. pentium 4 n mobo zaman jahiliah x mrase la nak tgk UI baru pnye..
    usb modem pn x smua leh ngam..

  8. Syaufe Harriz pada 03 Sep 2011

    nice..msti cube!

  9. kopisoda pada 03 Sep 2011

    the power of UBUNTU! :D

  10. fauzi bogon pada 03 Sep 2011

    poning kepalo den…byk sgt OS

  11. Ahmad Wan pada 13 Sep 2011

    best guna ubuntu.. banyak option software yang free je takyah bayar.. tak mampu nak beli window mahal gila.

  12. Muhammad Ridhwan pada 13 Sep 2011

    Ubuntu nih banyak jugak pembangunan nya.. cume dari segi teknologi moden lebih kepada fedora.. Ubuntu nih dah buat suma bagi yang newbies. leh cuba.. kenal apa itu linux. apa itu kernel.

    Ubuntu nih running atas konsep Debian. system root dia disable. menggunakan command Sudo..

    Mohammad Azizul: ko try la ubuntu.. ko tgk boot dia.. 10x pantas dari window.. lagi pon windows skarang nak Search sapa yang guna windows cetak rompak.. nasib la kalu kene..

    • rajawali pada 21 Sep 2011

      kepada yang baru nak mengenali linux ubuntu la aku pikir xpayah nak takut2 xpayah nak segan silu, pe yang penting cube gunakan dahulu…kalo tak tahu cube tanya kepada yang mane lebih arif dan lebih mengetahuinya…sesiapapun datang dari pengetahuan yang kosong…tp bila dah guna dah cube godek2 lame2 sedikit sebayak kitekan tahu dan akan teruja…;)

      • tonton pada 25 Sep 2011

        pada aku, bagi yang betul betul newbies nak guna linux, better lagi gune mint, or
        pinguyos, due os ni dah complete kot.

        oh bagi yang tatau ape itu mint dan pinguyos, due os ni adelah ubuntu based,
        dimana ditambah beberapa features sendiri, buang feature tak patut, codec, compiz
        bla bla bla

        masalah utama user baru linux, bukan sebab tak reti guna, tapi tatau nak guna
        untuk apa. tak reti guna tu dah tak jadi masalah dah, desktop environment linux
        tersangatlah user friendly.

  13. Junai pada 29 Sep 2011

    Menunggu dengan penuh sabar tinggal berbelas hari saja lagi hehehe

  14. cercatore eszudin pada 01 Oct 2011

    ubuntu sangat mengujakan..lebih kepada function web development dari gaming or multimedia development..so sila refreshkan diri anda tentang linux..takkan nak main game pkai linux kan..;D

  15. nurfaisyah pada 31 Oct 2011

    ubuntu is the best. Saya sudah mencoba yg Oneiric yang sudah rilis


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader