29Sep

Projek Direktori Siswazah UiTM – UiTMDihatiku.com Dilancarkan

Web 2.0

Daripada pembangun aplikasi web The Bazar Ramadhan, kini beliau turut sama memperkenalkan projek terbaru yang mana lebih memfokuskan kepada para pengguna dan pelajar di Universiti Teknologi Mara, dan berusaha untuk menyatukan antara satu sama lain didalam sesuatu kampus. Projek yang dikenali sebagai UiTMDihatiku itu kini boleh diakses, dan masih dilabelkan sebagai beta buat masa ini.

Menurut pembangunnya, laman tersebut lebih kepada bersifatkan direktori pelajar berbanding laman sosial, dimana melaluinya, seseorang pelajar itu boleh mengetahui senarai pelajar di sesuatu kampus, yang turut mengambil jurusan yang sama dengan mudah, sekaligus membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain.

Laman UiTMDihatiku itu juga menggunakan fungsi Facebook Connect untuk mendaftar, dan diperkatakan hanya menyimpan beberapa data sahaja, seperti nama, nombor pelajar, jurusan, kampus dan sesi pengambilan. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, mungkin beberapa perubahan akan diperkenalkan pada versi akhirnya kelak.

Bagi para pelajar UiTM yang berminat, mungkin anda boleh mencubanya di UiTMDihatiku.com. Dan untuk makluman semua, ianya bukanlah dibangunkan oleh pihak UiTM, sebaliknya dibangunkan oleh salah seorang pelajar yang sedang menuntut disana. Menarik bukan?


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen
Maxis Bekerjasama Bersama TM Untuk Perkhidmatan HSBB
Astro Byond IPTV Mungkin Diperkenalkan Bersama ISP Lain?
FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan
Platform Mudah-Alih Mozilla - Boot 2 Gecko (B2G) Diperlihatkan

15 Komen

  1. topo pada 29 Sep 2011

    hebak betul pelajar berkenaan hohohoho. berbangga aku mengenali beliau

  2. van der Rui pada 29 Sep 2011

    Alumni boleh join ke?

    • Aman pada 29 Sep 2011

      boleh jer. ada pilihan tahun dia.

  3. Ikhwan pada 29 Sep 2011

    Kampus pengajian patut ditambah lagi.
    Misalnya di Sarawak ada dua cawangan iaitu Samarahan dan Mukah.
    Tapi dalam senarai hanya ada ‘Sarawak’.

  4. Jyundoo pada 29 Sep 2011

    walaupun aku bukan UITM, p aku berbangga dgn anak tempatan develope web ni. hoho.

  5. khairul pada 29 Sep 2011

    kenapa prog asasi ngn dip je ader???

    • acap pada 30 Sep 2011

      layari semula selepas 1 oktober..

  6. Ex pada 30 Sep 2011

    ni bkn official uitm punye.. ade kemungkinan data boleh disalahguna?

    • Omar pada 30 Sep 2011

      Terima kasih Amanz.my diatas liputan dan terima kasih juga diatas maklumbalas yang diberikan oleh penghantar komen di laman blog ini.

      Merujuk kepada soalan yang dinyatakan oleh Ex, hanya nombor pelajar, FBID, kursus, kampus dan sesi pengambilan sahaja yang disimpan dalam pangkalan data. Lain-lain maklumat seperti gambar pemilik FB semuanya dicapai terus melalui laman sosial Facebook.

      Direktori juga meminimumkan penyimpanan data peribadi demi menjaga privasi mereka dan memandangkan direktori ini hanya memerlukan maklumat diatas sahaja untuk berfungsi.

  7. Twit N View pada 30 Sep 2011

    wow bagus btol pelajar uitm ni, semoga uni lain ada juga pelajarnya yg akan bertindak seperti ini…

  8. Azri Hasiruddin pada 30 Sep 2011

    serius cool, kalau ada juga fungsi twitter pun ok juga.

  9. kucing pada 30 Sep 2011

    err..ok dah daftar
    tapi pastu nak buat ape eh?

  10. SDS' pada 30 Sep 2011

    dh daftar..

  11. mim pada 07 Nov 2011

    saya nak tanya kalau tersilap isi program mse daftar dekat ‘Uitmdihatiku’ tu nak buat macam mana?macam mana nak tukar?

    • Malaon pada 10 May 2012

      Dah tak boleh edit. Aku pun tersalah maklumat, tapi tak de efek kat maklumat pelajar yg UiTM pegang. Ni cuma laman sosial je.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader