19Sep

UMobile Kini Menawarkan Perkhidmatan BIS Serendah RM25 Sebulan

Telekomunikasi

Ianya tidak dapat dipastikan bilakah UMobile mengemaskini pelan BIS mereka, namun begitu, melalui kemaskini yang dilakukan, ianya menunjukkan, kini UMobile menawarkan perkhidmatan prabayar BIS mereka pada kadar yang amat menarik, iaitu pada hanya RM0.88 sen sehari untuk mengakses perkhidmatan Internet Blackberry dan juga melayari video tanpa had.

Selain daripada pelan harian, UMobile juga turut menyediakan pelan mingguan pada kadar RM8 seminggu, dan pelan bulanan pada kadar RM25 sebulan. Walaubagaimanapun, walaupun ianya dipromosikan sebagai penggunaan data tanpa had, ianya masih tertakluk kepada FUP yang ditetapkan oleh UMobile.

Namun begitu, harga serendah RM25 sebulan adalah sesuatu yang menarik, dan amat rendah. Selain daripada UMobile, TuneTalk turut sama menawarkan kadar yang amat rendah, iaitu pada harga cuma RM28 sebulan atau RM98 sen sehari untuk sokongan penuh BIS.


Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk HTC HD7
Yes 4G Bakal Mengenakan Caj Bermula 9 Sen Untuk 3 Mb?
DiGi dan Time dotCom Mengumumkan Kerjasama
Yes4G Akan Memperluaskan Perkhidmatan Ke Sabah Dan Sarawak
HTC Evo 3D Diperlihatkan di Malaysia

13 Komen

  1. shahrul pada 19 Sep 2011

    murahnya…. tp dah ada kontrak ngan DiGi :(

  2. Alan pada 19 Sep 2011

    RM0.98 sen

    :D

  3. acap pada 19 Sep 2011

    murah mmg murah.. tapi macam mana dengan coverage 3g? power ke? sapa penah pakai u mobile? flop kat area mana?

  4. ROJAK pada 19 Sep 2011

    harap murah je tapi coverage dia? last2 pakai streamyx je dan telekom pun seronok sebab dapat monopoly bisnes malaysia macam astro monopoly siaran tv di malaysia sebab takde saingan kuat.

  5. fezal pada 19 Sep 2011

    ambek maxis jela , baru bis rm 20 .

  6. kss pada 19 Sep 2011

    mungkin boleh buat jadual perbandingan antara telco mana yang lebih ‘value for money’

    • IkmalRedza pada 19 Sep 2011

      Setuju. Mesti Amanz tak malas untuk buat jadual tu, kan? Senang nanti nak beli phone untuk buat bisnes, taknakcampur ngan nombor personal.

      /*KSS, link website ke mana tu??*/

    • Arca pada 19 Sep 2011

      Ya. Juga poll yg bleh bantu pelawat disini lihat produk dan servis mana/siapa yg lebih ramai pengguna. ;)

  7. noobz pada 19 Sep 2011

    coverage umobile can go ke??

  8. yapompiow pada 19 Sep 2011

    murah nyer

  9. faeez faster pada 19 Sep 2011

    BIS pakej per month
    -DiGi rm25 (unlimited)
    -Umobile rm25
    -TuneTalk rm28
    -maxis rm20 (100mb)
    -celcom rm??
    Ni aku tgk pakej BIS yg paling murah utk sebulan. Setakat pakai juz on9 jer. Baek pakai maxis.nk puas ati, pakai easy prepaid digi.berbaloi! :)

    • acap pada 19 Sep 2011

      celcom rm 25 atau rm28.. tak sure.. tapi 250mb tu pasti

  10. topo pada 19 Sep 2011

    menarik gak pakej Umobile ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader