Cari @ Amanz

UMobile boleh dikatakan merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang masih muda lagi berbanding dengan tiga gergasi yang lain. Menariknya, hari ini, UMobile secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar daripada mereka pada kelajuan 42Mbps di kawasan Lembah Klang, Seremban dan juga Port Dickson.

Menurut UMobile lagi adalah dimana mereka akan terus mengemaskini rangkaian infrastruktur mereka secara berperingkat, dimana selepas ini mereka akan mengemaskini rangkaian mereka daripada 42Mbps kepada 84Mbps dan seterusnya kepada 100Mbps. UMobile turut sama mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan produk atau perkhidmatan baru setiap dua minggu dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah kawasan-kawasan lain akan menerima sokongan jalur-lebar berkelajuan 42Mbps daripada UMobile. Tetapi, menurut UMobile, mereka akan membawakan perkhidmatan mereka ini ke Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

UMobile menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan 42Mbps pada harga RM68 untuk 5GB dan RM128 untuk 20GB. Para pengguna juga memerlukan sebuah modem khas yang menyokong data sehingga 42Mbps, yang mana ditawarkan oleh UMobile pada harga RM20 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd