Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan keadaan di Yahoo! yang kelihatan tidak begitu stabil, kini ianya mula kedengaran ura-ura awal memperkatakan yang mana Microsoft kini dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih dan membeli Yahoo!. Semestinya, dengan enjin Yahoo! yang kini dijana oleh Microsoft, penyertaan Yahoo! bersama Microsoft lebih menarik berbanding AOL.
Sebelum ini sendiri, Microsoft pernah menawarkan untuk membeli Yahoo!, namun ianya telah ditolak oleh pihak Yahoo!, dimana kemudiannya melalui pertukaran CEO baru, Yahoo! telah menandatangani perjanjian bersama-sama Microsoft, dimana Bing akan menjana Yahoo! untuk suatu tempoh.
Dan, kini, dengan pemecatan CEO Yahoo! yang lama, ura-ura berkaitan pembelian mula kedengaran kembali. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana tiada sebarang teknologi spesisfik yang mungkin menarik minat pihak Microsoft, selain daripada emel dan juga Yahoo! Messenger yang masih kekal popular sehingga kini.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
goodwill Yahoo ttp utuh pada search engine nya dan juga email. itu pon dah cukup bg value yg sgt bsr kalau Microsoft nk beli
wah semakin kaya le microsoft. ada satu hari nanti diorg nak beli amanz.my plak
Yahoo!? Lama tak pakai search engine dia, bukak emel je selalu.
Search Engine & Emai yahoo dah lama ku tinggalkan.
HAHA…
Kalau guna pun, untuk flickr je…
Saya juga jarang pakai yahoo search padahal hasil pencariannya cukup bagus..