24Sep

uTorrent Bakal Memperkenalkan Sokongan Untuk Android, iOS, Xbox dan juga PlayStation

Perisian

Mungkin semua sedia kenali akan aplikasi torrent paling popular didunia, iaitu uTorrent. Kini, ia kelihatan yang mana melalui uTorrent versi akan datang, mereka bakal membawakan sokongan integrasi untuk beberapa peranti popular, termasuk Android, iPhone, iPad, PlayStation 3 dan juga pada Xbox 360. Melalui integrasi yang serba baru ini, ia dijangka akan membolehkan para pengguna sync akan kandungan yang dimuat-turun terus ke peranti-peranti ini dengan mudah dan senang.

Fungsi baru ini telah pun mula melihatakan pada versi alpha terbaru uTorrent, dan mungkin versi stabilnya akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi. Selain daripada itu, fungsi ini juga dijangka akan mendapat beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk menukar format video dan sebagaiya dengan mudah melalui uTorrent Plus, iaitu aplikasi berbayar daripada pembangun sama yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun uTorrent versi pembangunan ini secara terus daripada laman rasmi uTorrent, dan memberikan maklumbalas mengenainya kepada pihak pembangun.


Opera 11.50 Beta Sedia Diuji
Aplikasi Waktu Solat Untuk Android Kini Sedia Diuji
Mozilla Thunderbird 9 Membawakan Enjin Gecko Baru Dan Integrasi Personas
Mozilla Sedang Membangunkan Sistem Notifikasi Untuk Pelayar Web Firefox
Chrome Versi Pembangun Kini Dikemaskini Kepada Versi 19

4 Komen

  1. scromix pada 24 Sep 2011

    smpoi~

  2. sejukstudio pada 24 Sep 2011

    syok2 menorent

  3. snazzybizarre pada 24 Sep 2011

    boleh ke download dlm android guna benda ni ?

  4. AMER pada 24 Sep 2011

    boleh la download pkai henset. haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader