06Sep

Video Demo NFC Daripada Nokia Memperlihatkan Sebuah Peranti Baru?

Gajet

Akhir-akhir ini, ianya seperti kelihatan nama Nokia kembali meningkat kembali apabila mereka memperkenalkan beberapa peranti baru, kemaskini Symbian, serta bakal melancarkan peranti MeeGo pada minggu hadapan. Dan, bukan itu sahaja, kini sebuah peranti baru yang berkemungkinan salah satu peranti konsep mula kelihatan dalam video khas oleh pihak Nokia sendiri.

Peranti khas ini diperlihatkan dalam video demo NFC yang didatangkan bersama-sama peranti Symbian Belle yang diperkenalkan baru-baru ini. Nokia boleh diperkatakan amat baik dalam rekabentuk peranti mereka, berbeza dengan beberapa pengeluar lain yang hanya mengeluarkan rekabentuk menyerupai satu sama lain. Namun begitu, ramai menjangka akan yang mana ianya hanyalah sekadar sebuah peranti konsep sahaja, dan mungkin tidak akan dilancarkan kepada umum.

Tips awal daripada Arif Ishak.


Blackberry Storm2 Daripada Celcom Bulan Hadapan
Blackberry Mungkin Di Haramkan Di Malaysia
Larry Page Mengutamakan Inovasi Dan Ingin Mengurangkan Birokrasi Pada Google
Maxis Dan DiGi Menawarkan HTC Sensation Serendah RM1,399
Ulasan Huawei Vision : Telefon Android Dari China

7 Komen

  1. Mayang Abadi pada 06 Sep 2011

    terbaik Nokia. hehe

  2. gigikuku pada 06 Sep 2011

    xbapa paham lagi dengan nfc ni @_@

  3. beejan pada 06 Sep 2011

    dah bole pakai… siap ada game angry birg versi nfc (near field frequeancy) kot..
    konsep lebih kurang bluethooth… bole pindah gambar, main game..

  4. zerous pada 06 Sep 2011

    wow menarik juga yer NFC ni…

  5. faiz77 pada 06 Sep 2011

    TEKNOLOGI NFC..CUMA SENTUH JE HP DH BOLEH TRANFER GAMBAR.VIDEO DSB..LAGI KALAU NAK MAIN GAME LG COOL BRO..LEH MAIN 2 ORANG.. NOKIA..FUYOO..CUNN

  6. yapompiow pada 07 Sep 2011

    laju nyer hp dr nokia..

  7. nokialover pada 11 Sep 2011

    terbaik nokia yeahhhh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader