15Sep

Video Trailer Pertama Max Payne 3 Diperlihatkan Oleh Rockstar

e-Permainan

Dengan pengumuman mengenai pelancaran Max Payne 3 pada bulan Mac 2012, kini Rockstar Games telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuknya, memberikan idea awal, apakah yang ianya akan kisahkan, selain pada masa yang sama memperlihatkan bentuk grafik dan permainan yang akan dibawakan oleh Max Payne 3 kelak.

Secara ringkasnya, ianya mengisahkan kisah Max yang masih lagi dihantui trauma yang lepas, dia memulakan kehidupan baru sebagai salah seorang pengawal peribadi melindungi salah seorang klien yang kaya di San Paulo, Brazil. Dan apabila ada yang menyerang klien Max, dia terpaksa berusaha untuk melindungi mereka, dan pada masa yang sama turut membersihkan nama dia sendiri.

Selain daripada kisah ringkas tersebut, trailer ringkas ini juga turut memperlihatkan beberapa peningkatan grafik dan juga bentuk permainan yang dibawakan oleh enjin baru daripada Rockstar Games. Max Payne 3 bakal dilancarkan pada bulan Mac 2012 akan datang pada platform Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC.


MySpace Membuka Peluang Kepada Pembangun Aplikasi Dari Asia
Pemain World of WarCraft Menjangkau 11.5 Juta Orang
Epic Empires Versi Penuh Kini Di iTunes
Angry Birds Ditawarkan Secara Percuma Kepada Pengguna Windows
Paparan Skrin Awal Untuk Permainan FIFA 13 Diperlihatkan

2 Komen

  1. Pacifista pada 15 Sep 2011

    huhu…dah takde masa nak layan game2 sekarang.rindu zaman masa layan max payne 1 dulu…

  2. jeng de lord pada 16 Sep 2011

    lawa gile graphic rockstar neh..
    bile la dpt pc yg power3


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader