27Sep

Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji

Perisian, Sumber Terbuka

Pengguna tegar aplikasi pemain media VLC? Kini ia kelihatan yang mana pihak pembangunnya bakal melancarkan aplikasi VLC khas untuk Android, yang mana bakal membawa sokongan memainkan pelbagai jenis media pada peranti Android anda. Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk versi pembangunan, dan boleh diuji oleh mereka yang berminat.

Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan yang mana pemain VLC untuk Android ini masih lagi pada peringkat pra-alpha dan perlu melalui pelbagai peringkat pembangunan lagi sebelum ia dilancarkan kepada semua secara rasminya.

Dan memandangkan VLC merupakan salah satu projek sumber terbuka, kini kodnya boleh dimuat-turun, atau anda juga turut boleh memuat-turun fail APK yang telah dihimpunkan oleh CVPCS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui fungsi apakah yang bakal dibawakan oleh VLC untuk Android, tetapi ia kelihatan yang mana ia akan membawakan sokongan memainkan pelbagai jenis media, termasuk *AVI, *MKV dan sebagainya terus pada peranti Android anda. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Office 14 Bakal Di Datangkan Dalam Dua Variasi
Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda
Firefox 7 Aurora Untuk Android Dan Maemo Diperkenalkan
Mozilla Melancarkan Thunderbird 7 Dengan Enjin Gekco Baru
Bagaimana Mengecilkan Gambar Menggunakan Windows 7?

10 Komen

  1. matjoe pada 27 Sep 2011

    aku mmg tunggu yang ini. VLC mmg rowk

  2. EddyGeek pada 27 Sep 2011

    harap nanti ada fungsi stream dari pc atau online..

    • faiz pada 27 Sep 2011

      rasanya dah ada kan yang stream dari pc atau online : vlc direct

      • EddyGeek pada 27 Sep 2011

        berbayar.. kalau versi free ada limit minit, tiada subtitle

  3. snazzybizarre pada 27 Sep 2011

    fulamakk.. terbaik r… mmg da lama tggu benda ni… goodbye to mobo player…

  4. Safwan Shari pada 27 Sep 2011

    Mmg dh lme ak nti kn VLC nie kua kt android. Seyes cantik interface die.

  5. syafieq pada 27 Sep 2011

    kalah ah mobo player pasni.hahaha

  6. ROJAK pada 27 Sep 2011

    wah terbaik ke ni? android pun takde ni hahoha!

    • rajawali pada 28 Sep 2011

      ade cap nokia 33skupang je

  7. Blangkat Ahmad Basimin pada 27 Sep 2011

    fuyooh….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader