17Sep

Ulasan : Windows 8 Developer Preview

Microsoft

Dasawarsa ini sama ada kita sedar ataupun tidak pembangunan dunia pengkomputeran kian gah dipersada dunia dan menjadi isu yang mendapat tempat dalam kehidupan kita. Seperti yang sedia maklum, Windows 8 Developer Preview yang telah dilancarkan oleh Microsoft baru-baru ini telah menyuntik segenap masyarakat dunia untuk mencuba sistem operasi terbaru itu.

Menurut perangkaan stastistik yang dikeluarkan oleh Microsoft, lebih 500,000 muat turun Windows 8 Developer Preview telah dibuat sekaligus menunjukkan ramai yang ternanti-nanti perkembangan mengenai sistem operasi Windows 8. Pada artikel kali ini, kami akan menerangkan beberapa fungsi dan perubahan yang terbaru pada Windows 8 Developer Preview.

Windows 8 Boot Screen

Windows 8 Developer Preview telah didatangkan dengan boot screen yang baru, yang mana padanya terdapat perkataan “Windows Developer Preview” serta titik bulatan beranimasi yang sangat menarik. Pada akhir sesi boot, paparan tersebut akan hilang dengan fade effect yang pasti memukau perhatian buat kali pertama melihatnya.

Windows 8 Boot Loader

Pada versi Windows sebelumnya, paparan ‘dual boot’ biasanya akan terpapar sebelum mana-mana Windows menjalankan sesi pengebootan tetapi tidak pada Windows 8. Microsoft telah menetapkan paparan ‘dual boot’ akan kelihatan selepas Windows 8 Boot Screen. Ini bermakna, proses pengebootan Windows 8 akan dijalankan terlebih dahulu dan selepas itu, paparan dual boot yang simplistik ini muncul untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih sistem operasi keperluan mereka pada masa itu.

Paparan Windows 8 Logon dan Welcome Screen

Paparan Login Screen telah diperbaharui dengan rekaan yang ringkas dan kemas. Padanya terpapar avatar pengguna bersama nama pengguna dan kata laluannya, jika ditetapkan sekali.

Windows 8 Start Screen

Selepas proses login, pengguna akan dibawa ke Start Screen yang menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5. Menariknya, aplikasi yang berasaskan teknologi ini memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat pada desktop tradisional Windows seperti Windows Explorer, Internet Explorer, Desktop, Control Panel, dan lain-lain.

Pelayar Web Internet Explorer Pada Windows 8

Windows 8 telah tampil dengan pelayar web Internet Explorer 10 yang serba baharu. Menariknya, ia tampil dalam dua versi, satu versi Desktop Internet Explorer 10 dan satu lagi Internet Explorer 10 dengan antaramuka metro. Desktop Internet Explorer 10 masih lagi meneruskan pelayaran web yang pantas dengan sokongan plug-in dan extension. Manakala untuk Internet Explorer 10 dengan antaramuka metro merupakan pelayar bebas plug-in untuk menjamin kestabilan penggunaan.


Internet Explorer 10 – Mod Tablet


Internet Explorer 10 – Mod Desktop

Windows 8 Desktop

Windows 8 juga didatangkan dengan paparan Desktop yang pengalamannya hampir sama seperti menggunakan sistem operasi Windows 7. Pengguna boleh mengaksesnya dengan membuat klik pada tile Desktop di Start Screen. Melalui fungsi ini, pengguna masih lagi dapat mengakses Desktop seperti mana mereka gunakan pada versi Windows yang sebelumnya.

Pada edisi Windows 8 Developer Preview, Microsoft telah menyahaktifkan Start Menu tradisional untuk memberi galakan kepada pembangun agar menguasai Start Screen dengan semaksimum mungkin. Jika pengguna membawa cursor dan menekan pada butang Start yang ada, ia akan membawa pengguna ke Start Screen semula. Jika diheret ke butang tersebut tanpa menekannya, panel Start Screen akan terpapar dan membenarkan pengguna untuk mengubah Setting, membuat carian, dan lain-lain lagi.

Windows 8 Explorer

Paparan Windows 8 Explorer mempunyai sedikit kesamaan seperti Windows Explorer pada Windows 7. Microsoft telah menambah butang “Up” yang pernah menjadi alatan berguna pada versi Windows suatu ketika dahulu bersama Ribbon UI yang terdapat pada Office 2010 untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai tugasan sistem. Apa yang membezakan lagi, nama program kini bukan lagi berada di sebelah kiri tetapi telah dialihkan ke bahagian tengah titlebar.

Jika tidak berminat dengan Ribbon UI, pengguna masih lagi boleh membuat pilihan untuk hide Ribbon UI tersebut pada bila-bila masa sahaja dengan membuat right-click pada bahagian atas Ribbon UI dan klik minimize the ribbon. Pengguna juga boleh meletakkan Quick Access toolbar pada bahagian bawah Ribbon UI untuk digunakan sebagai standard toolbar.

Windows 8 Explorer juga didatangkan dengan paparan pengurusan file yang baru. Kotak dialog copy atau move telah diperbaharui dengan antaramuka yang kemas dan jitu.

Tema Aero Lite Untuk Komputer Bersistem Rendah

Tema Windows Basic telah jayanya digunakan pada Windows Vista dan Windows 7. Pada Windows 8 pula, Microsoft telah menukarkannya kepada tema yang lebih ringkas dan menarik lagi berasaskan antaramuka Metro UI. Tema yang telah diberi nama sebagai Aero Lite ini memberi sokongan tema bergrafik bagi komputer yang tidak menyokong antaramuka Aero.

Fungsi Aero Auto Colorization

Windows 8 telah didatangkan dengan fungsi Aero Auto Colorization, memudahkan pengguna dalam menetapkan warna tema Windows mereka. Melalui fungsi ini, warna tema akan ditetapkan secara automatik berdasarkan warna utama wallpaper yang pengguna aktifkan.

Windows Task Manager

Salah satu perubahan drastik yang dapat dilihat pada Windows kali ini, Windows 8 hadir dengan Task Manager yang telah diubah suai dan diperbaharui. Task Manager yang diperbaharui ini memberi kepada pengguna dengan fungsi yang lebih ‘advance’ lagi di samping mengoptimasikan penggunaan tab pada fungsi tersebut.

Windows 8 Lock Screen

Pada versi Windows yang sebelumnya, Login Screen dan Lock Screen menggunakan paparan yang serupa. Namun begitu, pada Windows 8, lock screen telah berevolusi kepada paparan lock screen yang biasa dilihat pada telefon pintar Windows Phone 7. Paparan lock screen pada Windows 8 memaparkan waktu serta notification yang berlatar belakangkan wallpaper yang boleh ditetapkan oleh pengguna.

Untuk keluar daripada lock screen, pengguna perlu mengheretkan lock screen tersebut ke atas dan Windows akan membawa pengguna ke tempat sebelum lock screen diaktifkan seperti Desktop atau Start Screen semula. Ternyata sangat elegan.

Windows 8 Control Panel

Windows 8 telah didatangkan dengan dua Control Panel pada mode yang berbeza. Satu Control Panel Desktop dan satu lagi Control Panel dari Start Screen. Apa yang ingin diketengahkan, paparan Control Panel yang diakses dari Start Screen ternyata memberi kelainan ketika mengaksesnya. Segala tetapan telah disatukan dalam antaramuka Metro UI yang ringkas, kemas, dan elegan.

Windows 8 Recovery

Satu lagi perkara yang menarik mengenai Windows 8 Developer Preview, ia telah didatangkan dengan satu fungsi “Recovery” yang mana membolehkan pengguna untuk Refresh atau Reset komputer mereka.

Refresh PC – merupakan satu tetapan untuk reload Windows 8 tanpa kehilangan file pengguna, gambar, video, muzik, dan lain-lain. Ia diibaratkan seperti memasang semula Windows tetapi prestasinya ternyata lebih baik disamping tidak perlu risau akan kehilangan segala dokumen penting.

Reset PC – suatu tetapan untuk meletakkan komputer kepada keadaan seperti yang asal. Akan tetapi, harus berhati-hati kerana ia akan memadamkan kesemua file pengguna. Ia akan menjadi berguna apabila pengguna perlu membersihkan cakera keras akibat daripada jangkitan virus.

Fungsi File History Windows 8

Windows 8 telah didatangkan dengan satu fungsi baru yang diberi nama “File History”. Fungsi ini akan menyimpan salinan data yang telah ditandakan, bermakna pengguna boleh restore data tersebut jika ia hilang mahupun rosak. Fungsi ini boleh diakses melalui Control Panel.

Windows 8 Blue Screen of Death

Suatu perkara yang tidak asing lagi bagi pengguna Windows ialah Blue Screen of Death atau nama singkatannya BSOD. Kebiasaannya, paparan BSOD akan terpapar sekiranya Windows mengalami ralat untuk beroperasi dengan baik. Apa yang menarik, paparan BSOD kini telah digantikan dengan paparan yang lebih menarik untuk mengurangkan tahap kepanikan pengguna Windows apabila berhadapan dengan BSOD.

Ulasan penuh ditulis oleh Muhammad Arib. Ikuti beliau di Twitter atau pun baca blog beliau untuk pelbagai perkara menarik yang lain.


Windows 7 Beta 1 Pada 13 Januari
Jadual Pembangunan Dan Perancangan Windows Phone Sepanjang 2012 Tersebar
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun
Microsoft Memperkenalkan Versi-Versi Untuk Windows 8
Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

59 Komen

  1. Umar Faruq pada 17 Sep 2011

    gila pnjg.. hahaha.. but thanx for the info.. dah nmpk gambaran sikit pasal windows 8..

  2. lufkin pada 17 Sep 2011

    Lol Arib Ismail? Arib 2020? Saw this kid at MeeGo Network Meetup.. =P

  3. Ahmad Wan pada 17 Sep 2011

    ape die punye system requirement?

    • Piratz pada 17 Sep 2011

      Boleh pakai win 7, boleh la cuba win 8 nie…

  4. yokai pada 17 Sep 2011

    kalau nk try pki window dev preview ni, boleh install dlm satu partition yg sme dgn window yg sedia ada x?

  5. cakapniaga pada 17 Sep 2011

    Yang teramat menarik perhatian saya adalah susunatur keterangan yang telah disempurnakan dengan penyampaian juga amat baik yang telah dibuat oleh pihak Amanz Network. Syabas! Amanz.

    Keterangan yang mudah difahami (lucid explanations), sebegini, ternyata membantu semua pembaca memperolehi banyak maklumat hasil dari perkongsian maya ini. Lengkap dengan pesanan PERHATIAN KHAS sepertimana di perenggan “Reset PC”, menyatakan keihklasan pengarang tentang sesuatu yang perlu diamati untuk tindakan lanjut.

    AMAT JELAS, segala perkongsian maklumat dari Amanz Network dalam versi Bahasa Melayu jauh lebih baik dari artikel-artikel yang telah diterbitkan oleh mana-mana pengarang dalam versi Bahasa Inggeris diinternet.

    Tahniah dan Syabas! Amanz Network. Kerja yang baik dan disertai dengan kualiti tinggi harus mendapat pujian dari pembaca. Kakitangan Streamyx harus mengambil contoh ini sebagai satu “Driven Factor” jika mahu maju dan beruntung di persada dunia internet.

    • royAkatsuki pada 17 Sep 2011

      nk tumpang bodek jgk.amanz terbaik.

  6. shafiq pada 17 Sep 2011

    Bahasa MANTAP!

  7. Firdaus Omar pada 17 Sep 2011

    Ulasan yang baik daripada SaudaraArib.

    Walaubagaimana pun, ada beberapa elemen penting yang tidak diketengahan dalam ulasan tersebut seperti sistem katalaluan bergambar yang baru, penggunaan pencarian bersepadu untuk aplikasi asli berasaskan Metro, penggunaan sistem kontrak (ala-OLE dalam Win32) untuk mewujudkan integrasi antara aplikasi berasaskan Metro dan perayauan antara sistem Windows 8 menggunakan awan janaan Windows Azure. IMHO, elemen-elemen tersebut adalah antara pembaharuan yang signifikan di dalam pembangunan Windows 8.

  8. yapompiow pada 17 Sep 2011

    Kalo nk closed app yg kita bukak kat metro ui tue.. Camne nk closed?? Xjumpe pn button X

    • amirzaim pada 17 Sep 2011

      Kena tekan butang start kat keyboard baru keluar dari program, tapi ia tak katup program tu. Kena bukak task manager untuk tutup metro apps.

    • Firdaus Omar pada 17 Sep 2011

      Aplikasi asli berasaskan Metro tiada full exit kecuali dimatikankan melalui Task Manager. Semua aplikasi asli berasaskan beri masa sebanyak 5 saat oleh sistem untuk membuat simpanan ke atas kerja/setting sebelum masuk ke mod suspend. Aplikasi tersebut akan dihidupkan semula sejurus dipanggil kembali oleh pengguna

    • Ayie pada 10 Oct 2011

      mula2 pun tercari2 jugak mcm ne nk closed application.. bila tgok youtube dan lain2 blog, dorang semua menggunakan task manager

  9. anazhd pada 17 Sep 2011

    windows telah keluar dari windows. what I’m trying to tell you guys, this is the best windows in the history. lain daripada yang lain. <3

  10. amirzaim pada 17 Sep 2011

    Windows 8 memang sempoi tatkala kekadang nampak leceh bila pakai metro ui, tetapi dengan sedikit tweaking, baru nampak selesa. Kalau sebelum ni, bila windows dah kena virus dan tak boleh nak repair balik, mesti kena pakai cd buat format terus, tapi yang lagi lagi sedap. Nak format hdd pun tak payah pakai cd, partial reformat pun boleh, nak full format pun boleh, janji dvd-less reformat operation.

    Ada banyak lagi fungsi yang mungkin kita tak tau ialah fungsi Hyper-V, fungsi ni lebih kurang macam VMWare ataupun VirtualBox, tapi kena ada PC yang cukup powerful dan hanya 64-bit OS shj yang boleh guna fungsi ini.

    Selain itu, salah satu kelebihan dalam windows 8 terutama nak akses fail ISO ialah direct ISO mount dengan hanya klik pada fail tersebut. Windows 8 memang dah ada driver untuk ISO mounter tersebut, jadi tak perlulah guna third-party software kalau nak pakai ISO, kecualilah kalau nak guna fail selain ISO.

    Program 16-bit yang jenis otai-otai pun boleh support windows 8. Kelmarin aku test game Red Alert 1 dalam laptop aku dan ternyata jauh lebih baik berbanding windows 7. Takde masalah color lari semacam dan nampak hodoh walaupun dan set compatibility dan juga jenis color kepada 256-bit. Kalau yang 64-bit version pun mungkin support program 16-bit. Yelah kan, ada diantara kawan saya bertanya, “Kenapa saya tak boleh bukak program Turbo C++ nie?”. Turbo C++ memang app otai tapi bila time pakai windows 7, memang ada problem bila pakai kat 64-bit environment.

    Windows 8 memang ada peingkatan prestasi terhadap komputer dan hardware-nya. Kalau dilihat kepada Windows Performance Index terutama subscore, korang boleh lihat bagaimana cekapnya windows 8 terhadap hardware-nya dan mungkin aku rasa Windows 8 ni ringan sikit berbanding windows 7. Nak main game sebelum ni ada yang tersekat-sekat kat windows 7, kini tidak lagi bila main game kat windows 8.

    • solo_wing22 pada 18 Sep 2011

      bro, ada pape komen lagi x tentang gaming dalam windows 8? aku baru cadang nak beli win7, tau2 tahun depan keluar win8.selain dari fungsi xbox live yg org heboh tu, perlu ke windows 8 untuk game2 baru? dia ada directX version baru ke apa?

  11. pedangmujahid pada 17 Sep 2011

    kat mana nak download windows 8 ni

    • royAkatsuki pada 17 Sep 2011

      amanz ada bg link sblm2 ni.
      hg try google kan sng

  12. amirzaim pada 17 Sep 2011

    Tambahan:

    USB 3.0 Support: Windows 8 kini menyokong peranti USB 3.0, jadi tak perlulah nak pasang driver untuk usb 3.0 seperti kat windows 7. USB 3.0 memang laju, tapi kalau ada usb 3.0 pendrive dan ditambah dengan menggunakan fungsi windows readyboost, agak-agak ia jauh lebih laju ataupun tidak, kalau laju giler rasa tak perlu nak beli mahal nak upgrade RAM.

    • Firdaus Omar pada 17 Sep 2011

      Tambahan:

      Windows 8 juga merupakan versi pertama yang membenarkan windows diset semula ke instalasi asal tanpa membuang set pengguna dan aplikasi sedia ada, mempunyai sokongan asli kepada NFC dan sokongan kepada lebih banyak sensor berbanding Windows 7 termasuklah mengesan suhu, pergerakkan, tekanan, aliran elektrik dan sensitiviti cahaya.

  13. Haziq pada 17 Sep 2011

    First time dengar ‘pengebootan’.

    • arley pada 20 Sep 2011

      Mungkin selepas ini pihak DBP akan mengapprove bahasa komputer oleh En. Arib =)

  14. Syafiq Kamil pada 17 Sep 2011

    Aku suka tang ‘Dasawarsa’ tu .. ulasan yang menarik, padat .. tak sangka muda lagi Arib ni #salute ..

  15. snazzybizarre pada 17 Sep 2011

    nice one ! syabas penulis muda… anda mmg berbakat !

  16. harith pada 17 Sep 2011

    DOWNLOAD JGN XDOWNLOAD

  17. mdfaizal pada 17 Sep 2011

    aku dah install gak win 8 ni. soalan aku, apa akan jadi kalau ada 100 application kita install?
    mcm berterabur je dekat Start Screen.

    Selain tu, ada ke cara nak akses Start > Program selain daripada kene tweak Start Button?

    • tintapenakata pada 17 Sep 2011

      selain tweak , start menu boleh diakses melalui C:\ProgramData\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs

      • mdfaizal pada 17 Sep 2011

        hoho, takpe aku da jumpa.
        Dekat Start Screen tu, gi Start>Search
        so keluar la Apps.

        ok ar tu..

  18. Hatta pada 17 Sep 2011

    Tahniah Amanz.my. Artikel yang mudah difahami tapi lengkap dan menarik.

  19. EddyGeek pada 17 Sep 2011

    memang padat… :-) terbaik.

  20. Greek pada 17 Sep 2011

    info yg ringkas & padat!

  21. Mashi pada 17 Sep 2011

    Terbaik Amanz

  22. Akim Iqbal pada 17 Sep 2011

    Penulis yang muda sangat-sangat. Kalau masa umur dia tu aku baru kenal windows xp ja kot. Har har har

  23. Roslan pada 17 Sep 2011

    padat yooo

  24. syahrilhafiz pada 17 Sep 2011

    terbaik la review ni..LIKE

  25. E.K pada 18 Sep 2011

    Tahniah! Terbaik!

  26. jimmy pada 18 Sep 2011

    BOLEHLA~

  27. Md Saiful Anuar pada 18 Sep 2011

    ulasan paling memuaskan… penggunaan desawarsa mmg hebat….

  28. yaaser pada 18 Sep 2011

    best!

  29. Fairuz Sulaiman pada 18 Sep 2011

    Terima kasih Amanz Network tim di atas info yang berguna, Mungkin Ubuntu juga sedang giat mengaktifkan interaksi yang lebih baik daripada window 8

  30. noobz pada 18 Sep 2011

    nice bsod

  31. Amirulz pada 18 Sep 2011

    Terima Kasih Amanz kerana bagi review ini !!

  32. Sid pada 18 Sep 2011

    Certainly looks better. Its just too much tablet-like interface..

    I hate dragging things with mouse. =/

  33. Aria pada 18 Sep 2011

    seyes style !

  34. Farid pada 18 Sep 2011

    “Dasawarsa” wow penganti ayat untuk dewasa ini yang aku sendiri tak tahu kewujudan

  35. denz pada 19 Sep 2011

    Terbaik la..membuatkan aku nak cepat2 install setelah beberapa hari terperap file iso dalam hdd..

  36. msat1891 pada 19 Sep 2011

    iso tu kalau, just guna daemon.pastu tros install mcm biasa??nanti dia jadi dual boot ke dgn 7??minta penjelasan…reply ye amanz.=)

  37. Pisyek pada 19 Sep 2011

    tetap ada BSOD? keh keh keh. :D

  38. topo pada 20 Sep 2011

    interface dia menarik.. haha

  39. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 20 Sep 2011

    da try da,, tp agak tidak sesuai la untuk laptop,, kalo tablet best!

  40. Samsul Siji pada 20 Sep 2011

    wow

  41. Amnan pada 23 Sep 2011

    Salam bro..
    saya dah install window 8 kat lappy saya..
    saya ada buat dual boot, mean saya install window 8 di partition yg baru saya buat, bukan tindih partition window 7..
    tapi masalah saya ialah kenapa saya x boleh nak akses window 7 semasa dia bg pilihan kita nak go on window mane?
    bila klik window 7 tuh, dia automatik kuar window repairing then masuk part, yg dia suruh repair, recovery, check memory..kenapa jadi begitu bro?boleh tolong x?

  42. wazy pada 23 Sep 2011

    Terbaik la aman,ulasan ni walaupun panjang,ianya sungguh lengkap dan mudah difahami

  43. khairi pada 24 Sep 2011

    x sabar nk tnggu RTM punyer…

  44. ÐЗム刀 pada 04 Nov 2011

    windows 8 ni mcm lebih sesuai utk tablet pc je..aku da gune..agk leceh nk main seret2.. =.=”

  45. syamilshahimi pada 04 Nov 2011

    Overall W8 lagi laju daripada W7 but not dramatically. Tapi benda ni still dalam pembangunan, so expect lebih banyak improvement bila dah official release nanti.

  46. bo pada 11 Nov 2011

    salam bro..ak bru gne W8..bg ak,ok sgt..laju pn laju..cm belum lengkap spenuhnya lg..button close pn xde g..xpela 2..

    ak just nk tnye.mb ko pnh try ke,th ke..ak install la ape app..tp icon dia kecik je..ley x nk settng icon jd besar cm cntoj icon cntrol panel ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader