15Sep

Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam

Microsoft

Seperti sedia maklum, Microsoft telah pun mengeluarkan Windows 8 Dev Preview semalam, membolehkan semua pengguna seluruh dunia memuat-turunnya dengan mudah, tanpa melalui sebarang proses yang sukar. Dan menariknya, daripada statistik yang dikeluarkan oleh Microsoft, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 telah dimuat-turun lebih 500,000 kali dalam tempoh kurang 24 jam ianya dilepaskan.

Sehingga kini, ianya masih tidak diketahui berapakah jumlah muat-turun keseluruhan yang telah di jana oleh Microsoft melalui Windows 8 Dev Preview. Tetapi, dengan angka muat-turun yang tinggi ini, ianya memperlihatkan ramai yang menantikan sistem opearasi generasi baru daripada Microsoft itu.

Melalui Windows 8, ianya kelak akan membawakan antaramuka Metro yang dioptimasikan untuk skrin sentuh dan juga pengguna desktop biasa, didatangkan bersama-sama dengan Internet Explorer 10, serta memperkenalkan Windows Store untuk memudahkan proses muat-turun aplikasi dan perisian.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh muat-turun Windows 8 Dev Preview daripada laman rasmi Microsoft dengan mudah bermula hari ini, dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit.


Kemaskini XP dan Vista Kepada Windows 7
Microsoft Security Essentials Mencecah Versi 2.0
Projek Emel 1Malaysia Menggunakan Domain MyEmail.my Dan Perkhidmatan Windows Live
Microsoft Akan Mengedarkan Windows 8 Build 8100 Rabu Ini?
Windows Phone Kini Mempunyai Lebih Daripada 50,000 Aplikasi

9 Komen

  1. amirzaim pada 15 Sep 2011

    Metro UI memang lawa, tapi ia akan memeningkan kepala apabila bukak app je terus tak tau mana butang untuk exit (melainkan kalau tekan butang windows!) dan bila pasang je software yang selalu pakai kat win7 dan sebelumnya, korang tengoklah sendiri kat metro ui nie…

  2. jimmy pada 15 Sep 2011

    kalau just nk try its ok.. tp kalau jangkamasa pnjg aku xnasihatkan korang guna.. sbb blom stabil lagi.. slalu hang.. aplikasi pesaing mcm google chrome or itunes xleh guna lagi..

    • Izzulamir pada 16 Sep 2011

      Semalam saya baru install Windows 8,G.Chrome boleh je gune.

  3. Roslan pada 15 Sep 2011

    aku tak sabar nak tunggu beta je…huhu

  4. Omar pada 15 Sep 2011

    Dah download. Tapi blom install lagi.
    System requirement cam tak lepas jer.

  5. snazzybizarre pada 15 Sep 2011

    tersekat2 la plak daa…. haiihhh

  6. Nisa pada 16 Sep 2011

    Still tersekat-sekat..tengok nanti betul power or tak..

  7. Zul's Stuff pada 16 Sep 2011

    mcm x best je….tggu yg ok dulu bru download

  8. Syafiq Kamil pada 16 Sep 2011

    Agak kurang gemar bila start menu disable .. bila buka Metro UI .. nak kembali ke desktop kena tekan button window pada keyboard ..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader