20Sep

Yahoo! Malaysia Kini Dijana Oleh Bing

Yahoo!

Setelah Yahoo! memulakan transasi kepada enjin carian Bing sejak daripada tahun lepas, akhirnya kini, Yahoo! Malaysia sudah pun mula menggunakan enjin carian Bing sebagai enjin carian utamanya. Selain Malaysia, Yahoo! di seluruh Asia turut sama menggunakan Bing buat masa ini, kecuali Korea.

Yahoo Bing

Dengan pengenalan enjin carian Bing pada Yahoo! Malaysia, kini semua boleh menikmati carian Bing yang mana membawakan keputusan yang lebih menarik, selain pada masa yang sama turut sama mengintegrasikan beberapa fungsi menarik Yahoo! seperti carian yang diperkaya dan sebagainya.

Mungkin juga beberapa perubahan drastik dari segi cara hasil keputusan dipaparkan dapat dilihat oleh para pengguna berbanding sebelum-sebelum ini. Namun begitu, ianya semestinya untuk suatu kebaikan, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan pada Yahoo! tidak lama lagi, apatah lagi, kini dengan ura-ura mengatakan mereka akan dibeli oleh organisasi lain.


Lihat Entri Blog Terbaru Rakan Melalui YM!
Delicious Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Yahoo! Koprol Kini Turut Didatangkan Dengan Versi Bahasa Malaysia
Yahoo! Hub Membolehkan Penghantaran Mesej Dan SMS Percuma Ke Talian Mudah-Alih Di Malaysia
Sony Ericsson Mendahului Di Malaysia - BlackBerry Dan Apple Mempunyai Pegangan Pasaran Yang Sama

14 Komen

  1. jipang_menjerit pada 20 Sep 2011

    Y! search yang popular dulu kini dah mati

  2. EddyGeek pada 20 Sep 2011

    hasil carian bing agak memuaskan.. :-)

  3. safwanhussin pada 20 Sep 2011

    Bing pula ‘dijana oleh Google’. Hehe..

  4. CMRatu pada 20 Sep 2011

    hehe… pelik2 betul.. ingatkan pesaing..

  5. Mashi pada 20 Sep 2011

    tak suka guna carian Yahoo
    salu kuar pelik2
    hahaha

  6. kih33 pada 20 Sep 2011

    lame dh x pakai yahoo nie,..

  7. paeh pada 20 Sep 2011

    sesungguhnya aku dah lama tak buka yahoo….

  8. Kaio Dot My pada 20 Sep 2011

    yahoo ni legend la. ingt lagi masa zaman2 IRC

  9. ekspresiruang pada 20 Sep 2011

    kalaulah yahoo ni perabot, sesungguhnya dah bersalut habuk dkt 1 inci dah kt yahoo tu sbb lama sgt xguna. huhu

  10. eSafarEE pada 20 Sep 2011

    lame dah tak search gune yahoo…bing apetah lagi…

  11. Amir Hamzah pada 20 Sep 2011

    Yahoo…first search engine yang aku gunakan semasa pertama kali mengenali internet

  12. amirzaim pada 21 Sep 2011

    buat masa ni, yahoo still pakai enjin sendiri kut, pastu tukar dengan enjin lain pulak…

  13. Amir Said pada 21 Sep 2011

    Kesian Yahoo. Hidup segan mati tak mahu.

  14. Alan pada 01 Oct 2011

    Google dihatiku


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader