Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu permainan daripada Zynga yang popular adalah Mafia Wars, dan kini ianya kelihatan yang mana Zynga bakal memberikan nafas baru kepada permainan tersebut, dan bakal memperkenalkan versi baru yang turut membawakan permainan dalam bentuk 3D, dan bakal dikenali sebagai Mafia Wars 2.
Buat masa ini, Zynga hanya sekadar mengeluarkan sebuah video trailer ringkas mempromosikan permainan yang akan dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi. Namun begitu, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diberikan oleh mereka buat masa ini.
Akhir-akhir ini, ianya kelihatan yang mana Zynga bergiat aktif dalam mengeluarkan permainan-permainan baru mereka, termasuklah yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Adventure World dan juga Empires & Allies.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
da lama tinggalkan game ni.. level pun da 600+..
game yang kat browser google ke?
aku ade nampak semalam mase nak cari game baru..
Dulu layan mafia wars kat tagged je ..
yeah!! kuar gak akhir nye,games terbaek!!