Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, carian terhangat sepanjang minggu lepas di Google Malaysia dilihat lebih tertumpu kepada carian berbentuk hiburan, dan beberapa daripadanya menumpukan pada carian filem-filem semasa yang ditayangkan dipawagam seluruh negara.
Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan melalui enjin carian Google Malaysia sepanjang daripada 14 Oktober sehingga 20 Oktober 2011:
Junko Furuta merupakan salah satu filem yang dibuat mengenai seorang gadis berumur 17 tahun pada tahun 1988, dimana dia telah diculik dan diseksa oleh 4 orang budak lelaki selama lebih kurang 44 hari.
Penyanyi veteran 60an yang popular dengan lagu seperti Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, dan Bahtera Merdeka telah meninggal dunia pada 11 Oktober yang lepas.
Para penduduk dan pengguna tempatan turut sama telah menggunakan enjin carian Google dalam mendapatkan maklumat berkenaan banjir yang melanda Thailand, dilaporkan yang paling teruk dalam tempoh 50 tahun ini.
Salah satu fenomena yang jarang berlaku, dimana efek cahaya luaran telah kelihatan pada bulan di Malaysia, yang mana telah mendapat perhatian ramai pengguna, serta turut hangat dibincangkan di laman sosial terkemuka seperti Twitter dan Facebook.
Salah satu filem tempatan baru yang mula ditayangkan dipawagam mendapat reaksi berbeza-beza daripada para penontonnya.
Salah satu filem yang dinantikan untuk tahun hadapan adalah The Avengers yang mana membawakan pelbagai watak superhero Marvel pada satu filem, dan video promosi khas untuk filem tersebut telah pun dikeluarkan.
Para pengguna Malaysia berdebat mengenai kesahihan gambar hantu yang dirakamkan di CCTV dan telah dimuat-naik di YouTube baru-baru ini.
Kemaskini platform terkini daripada Apple untuk iPhone, iPad, dan iPod Touch telah pun dilepaskan pada minggu lepas, yang mana membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk sokongan iMessage dan beberapa fungsi baru yang lain.
Telefon pintar Android paling popular memasuki arena berita beberapa kali sepanjang minggu lepas, dimana selain daripada menjadi telefon pintar pilihan di Eropah, para pengguna tempatan turut mendapat kit bateri yang baru dipasaran tempatan, selain turut diperkatakan yang mana ia boleh menyelesaikan Kubik Rubik dalam tempoh kurang 6 saat.
Filem terbaru lakonan Hugh Jackman yang mengisahkan mengenai sukan boxing antara robot yang dikawal oleh manusia turut mendapat perhatian ramai, dan telah dibuka di pawagam tempatan pada 13 Oktober yang lepas di Malaysia.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
gambar hantu pun ade jugak.
Tu lah pasal… macam mana lah leh dapat top keyword dalam Minggu ni.. heran2… T_T
gmbr hantu ape ni..? nak kena search jugak la cmni
Perghh KLIP 3GP sensasi tuh… semua gimik sebab keyword Klip 3GP memang sensasi.. tambah ada perkataan “Ghairah” , “Ranjang” , “Mimi Klip 3GP” , “Video Ranjang Mimi 3gp”
top keyword minggu lepas.. hohoho
Real Steel! Terbaik.. Jalan cerita kemas, banyak pengajaran!
looking forward to watch this
nak tengok lagi. best!
mmg best giler!
terbaik tahun ini!
muvi pling best
junko furuta?
Ulang tahun kematian dia kot…
cerita pasal dia naik balik 2-3 minggu ni, mungkin sebab dikeluarkn kat forum kot, so orang mula google balik pasal dia kot,
SIRI xpopular ag ke? haha
mungkin minggu depan
The Avengers!!
jgn klip 3gp lain sudah
Real Steel terbaek, banyak pengajaran berguna, action pon ok, Dakota or Max budak laki dlm movie nie mmg terbaek la lakonan dia.
Klip 3GP cerita murahan.
perghh style giler The Avenger
sejauh mana kepastian Aman tentang user search Klip 3GP tu adalah filem…haha~
Hiburan yg melalaikan~
gambar hantu ? WOW!
3GP????lol