Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti minggu-minggu sebelum ini, kami di Amanz, bersama-sama dengan Google Malaysia kini membawakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas, dimana sepanjang minggu 30 September sehingga 6 Oktober, pelbagai carian menarik dilakukan memfokuskan pelbagai isu semasa.
Letupan yang berlaku di pusat membeli-belah yang terletak di Subang Jaya ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Letupan yang disebabkan oleh kebocoran gas itu berlaku pada awal pagi, dan tiada siapa yang tercedera. Buat masa ini, pusat membeli-belah tersebut ditutup untuk kerja naik-taraf.
Salah seorang artis yang berasal dari Sabah menjadi mangsa kontroversi apabila gambar seksi beliau tersebar di internet.
Salah satu siri televisyen popular di Indonesia mula ditayangkan melalui saluran Astro, yang mana mengisahkan kisah cinta diantara seorang budak kaya dengan cikgu muzik dari keluarga berpendapatan sederhana.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terus memperjuangkan pelaksanaan Hudud di Malaysia, yang mana mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.
Salah satu permainan bergenre akan bola sepak telah pun mencatatkan rekod jualan pada minggu pertama, dimana turut mendapat perhatian ramai pencinta permainan seluruh dunia.
Rakyat Malaysia turut memberikan perhatian yang serius terhadap harga emas yang menurun pada tiga minggu kebelakangan ini, memperlihatkan kejatuhan harga sehingga RM400 untuk satu ounce.
Salah satu kejohanan yang diadakan sekarang ini adalah Piala Dunia Ragbi yang berlangsung di New Zealand dari 9 September sehingga 23 Oktober.
Laman yang membolehkan para pengguna menonton video-video siri televisyen dan filem Korea ini turut mula mendapat perhatian ramai pengguna, dan merupakan salah satu carian utama di Google Malaysia sepanjang minggu lepas.
Salah satu pertandingan pelaburan maya yang sedang berlangsung sekarang anjuran OSK Investment, yang mana membolehkan para pelajar universiti bertanding untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 dalam bentuk tunai.
Para pengguna internet turut menggunakan enjin carian Google Malaysia dalam mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan pengarah kontroversi ini apabila beliau menerima galakkan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dipanggil sebagai salah seorang penyokog kuat 1Malaysia.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aik, Hudud takde cerita ringkasan dia ke?
yer la kenapa x der ringkasan pasal HUDUD? ingat jangan kita takut dengan agama kita sendiri. Islam adalah adalah yang sebenar, yang dibawa Islam adalah yang sebenar membawa kepada pengakhiran yang sebenar.
setuju
sori-sori. lupa nak tutup koding. sebab tue dia tak keluar. maaf. dah diperbetulkan.
panic aman jap. hehehe
btw.. awat hang punya post kluar 7 oct?.. harini baru 6.. =.=”
haha. sebab time update artikel nie ada kat event lain, so tak dapat cek penuh. erm. hari nie kan 7 haribulan.
bersangka baik tu kan bagus…
Setuju jugak….hudud ni hak Allah yang pemerintah kena tunaikan….
takot bagi pndapat ke bro?
Namewee memang banyak kontroversi.
huhu.. minggu depan baru org start cari belanjawan 2012
*bajet 2012
baru nk bc psl hudud tu
aku like pasal hudud tu..nanti amanz buat ringkasan sendiri takut org salah paham plak..kadang maksud kita lain, org akan pikir lain. maklumlah baca sendiri, so intonasi n maksud pon paham2 sendiri..
tp aku setuju je kalau hudud tu dilaksanakan..sebab aku rase kalau kite takde buat salah, tak perlu takut kot n hukum hudud tu buat kite rase takut nak buat kesalahan..=)
hudud peraturan yg digubal oleh Allah kepada Manusia. Akal kita xkan sampai kepada hebatnya undang2 itu di cipta. DIA kan Tuhan kita dan tahu mana yg terbaik unt hambaNYA.
Hudud nombor 1 tu ..
tak sangka plak ramai yang cari pasal oskic tu hohoho. ingatkan tak dapat sambutan
maaduu ade lah..wahh…
PES2012 xde?
search tentang nak menunaikan haji masih belum popular lg.
wah…bangg la namewee…dah kutuk MALAYSIA..tiba2 dapat penghargaan lak tu…huhuh……
bro Aman, mcm mana nk review carian google ni ek? bro cari dari mana ? hrp dpt pencerahan. TQVM ~