25Oct

30% Pengguna Malaysia Mengakses Laman Web Melalui Peranti Mudah-Alih

Lain-lain

Lanjutan daripada laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen awal hari ini berkaitan sasaran mengatakan yang mana pengguna peranti mudah-alih terutama tablet dan telefon pintar yang bakal meningkat dengan drastik, kini Effective Measures turut mengeluarkan data yang menyokong laporan sebelum ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Effecive Measures, lebih daripada 115 juta halaman web telah dilihat melalui peranti mudah-alih di Malaysia sahaja, sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak hampir 6% sejak daripada bulan Januari yang lepas.

Selain daripada Malaysia, Indonesia juga turut sama memperlihatkan peningkatan pelayaran web melalui peranti mudah-alih, dimana lebih 85 juta halaman web telah diakses melalui peranti mudah-alih pada tempoh yang serupa.

Mungkin kita akan melihat pelayaran laman web mudah-alih terus meningkat pada bulan-bulan akan datang, lebih-lebih lagi dimana melalui bancian ringkas yang dilakukan oleh Effective Measure, lebih 30% pengguna tempatan mengatakan mereka mengakses laman web melalui telefon pintar mereka.


Tiga Pemegang Lesen WiMax Di Saman SKMM
TM Streamyx : Tiada Lagi Torrent dan P2P
HSBB - Ke Arah Gaya Hidup Digital
UniFi Mencapai 60,000 Pengguna Pada Ulang-Tahun Pertama
Infografik - 70 Tahun Penggunaan Superkomputer

4 Komen

  1. Alan pada 25 Oct 2011

    Orang Malaysia dah kaya sekarang, dah mampu mempunyai peranti mudah alih sendiri. :D

  2. Hisyam pada 26 Oct 2011

    Kalau harga untuk melanggan broadband dan internet lagi murah, graf tu pasti akan naik lagi mendadak

  3. Iwani Khalid @ Kureno pada 26 Oct 2011

    Great news =)

  4. Farid pada 26 Oct 2011

    Aku pula rasa tag rewards ni agak menggangu la untuk mobile platform heheh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader