09Oct

5 Carian Terhangat Di Yahoo! Malaysia Sehingga 7 Oktober

Yahoo!

Selain daripada carian terhangat di Google Malaysia, kini beberapa data mengenai carian terhangat dari enjin carian Yahoo! Malaysia turut didapati (daripada PC.com) yang mana memperlihatkan carian popular yang dilakukan oleh para pengguna enjin carian dan portal Yahoo! sepanjang minggu lepas.

Steve Jobs

Seperti sedia maklum, dunia teknologi sepanjang minggu lepas memfokuskan kepada Steve Jobs yang meninggal dunia pada usia 56 tahun. Pelbagai inovasi dan idea baru yang diperkenalkan beliau telah merevolusikan dunia animasi, dan juga industri mudah-alih seluruh dunia.

Belanjawan 2012

Pada 7 Oktober yang lepas, Najib Razak telah pun membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, yang mana memfokuskan kepada pelbagai perkara. Namun ia dilihat tidak begitu mesra sektor teknologi dan perkomputeran seperti tahun-tahun yang lepas.

iPhone 4S

Sehari sebelum kematian Steve Jobs, CEO baru Apple, iaitu Tim Cook telah pun memperkenalkan iPhone 4S. Namun ia boleh dikatakan yang mana pengenalan iPhone 4S tidak begitu menarik minat para peminat Apple. Walaubagaimanapun, teknologi Siri yang diperkenalkan bersama-sama dengannya tampak menarik sekali.

Noraniza Idris

Salah seorang selebriti tempatan, Noraniza Idris telah pun mengikat tali perkahwinan buat kali ketiga bersama-sama dengan Jeffri Hudi di Johor Bahru.

Datuk Adzhar Sulaiman

Salah seorang ahli perniagaan, Adzhar Sulaiman, bersama dua orang anaknya dijatuhkan hukuman penjara dan denda disebabkan salah guna wang dan mengambil deposit tanpa sah.


Adobe Bekerjasama Dengan Enjin Carian Mencari Fail Berformat Flash
Yahoo! Menamatkan Perkhidmatan Y! Live
Integrasikan Akaun Flickr Dan Twitter Dengan Mudah
Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB
Yahoo! Memeterai Perjanjian Bersama Zynga

17 Komen

  1. jimmy pada 10 Oct 2011

    nmpk benar org guna google lebih dpd yahoo..

  2. sejukstudio pada 10 Oct 2011

    ferhh //

  3. blangkat ahmad basimin pada 10 Oct 2011

    pengguna setia google.

  4. ZooL pada 10 Oct 2011

    yahoo pon gune search engine Bing skrg…

  5. snazzybizarre pada 10 Oct 2011

    long live google… LOL

  6. myFirdaus pada 10 Oct 2011

    where’s google? huhuhu

  7. Faiz Azlan pada 10 Oct 2011

    owh

    • lanzz pada 10 Oct 2011

      +100?

  8. topo pada 10 Oct 2011

    hohoh aku ingatkan azhar mansur tadi -.-

  9. noname pada 10 Oct 2011

    yahoo feymes time tahun 1996 first time aku pakai dial up :D mase tahun 1998 aku jatuh cinta ngan google sampai skrang…

  10. zerous pada 10 Oct 2011

    aper yer alamat url yahoo ni? hehehe…lama x buka x ingat dah

  11. Ikhwan pada 10 Oct 2011

    Siapakah Datuk Adzhar Sulaiman?

  12. reezluv pada 10 Oct 2011

    adakah Yahoo bakal dibeli Microsoft? aku tgk macam nak kena jual je..:D

  13. Ahmad Fuad Adzmi pada 10 Oct 2011

    3 kali kawen noraniza idriss,, kewl kot


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader