Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bermula daripada Rabu ini, Research In Motion bakal mengadakan acara tahunan mereka, dimana melaluinya ia disasarkan RIM bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk sistem operasi generasi baru untuk peranti BlackBerry, serta pada masa yang sama turut memperkenalkan kemaskini untuk BlackBerry PlayBook yang akan membawakan pelbagai sokongan baru padanya.
Sebelum ini, ia telah diura-ura akan yang mana sistem operasi BlackBerry yang bakal diperkenalkan kelak akan dikenali sebagai BlackBerry X yang mana akan memfokuskan pada QNX. Namun begitu, apakah yang bakal dibawakan melaluinya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.
Pada masa yang sama, sokongan aplikasi Android pada peranti BlackBerry PlayBook turut sama dinantikan ramai pengguna, dengan ramai mensasarkan yang mana berkemungkinan RIM akan memperkenalkannya pada acara tahunan ini.
Selain daripada itu, hari Rabu ini juga, Google dan Samsung bakal memperkenalkan kemaskini platform Android mereka, serta pada masa yang sama memperkenalkan peranti baru yang dikenali sebagai Nexus Prime buat masa ini.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cool yo
QNX…OS yang sangat power sebenarnya… banyak digunakan untuk teknologi tinggi seperti perubatan , setelite dan loji nuklear…. cuma QNX in tak laa se COOL Apple punya OS. Blackberry tak pandai marketing ..Apple lagi power dari segi marketing sebab itu ramai zombie beratur untuk belu produk mereka bila produk baru keluar..
Troll nyah.
+1
The problem is, implementasi QNX untuk BB range agak lambat dan current OS pada telefon nya agak ketinggalan (relatively).
Dan ia juga berkisar kepada ‘expectations’. Apalah BB tanpa BBM dan BISnya yang ternyata lagenda tu. Sadly, bila PlayBook keluar ciri-ciri tersebut absent out-of-the-box.
Dan jika ciri Apple-zombie mahu dijadikan isu, berdasarkan spesifikasi pemproses sahaja, Apple A5 lebih superior berbanding TI OMAP 4430 dalam BlackBerry Playbook (satu-satunya produk BB QNX setakat ni). Dualcore SGX543 berbanding singlecore SGX540, umpama langit dan bumi.
Dan berdasarkan beberapa bench sebelum ni (sunspider, etc), browser pada QNX-based BBOS setakat ni adalah lebih slow berbanding pada keluaran 2011 Android dan Apple.
best tp nak upgrade os pun xtau
bro klau nak bezakan bb os dgn ios memang x sama la, 100% comform lain, apple syarikat lain, makala rim pula syarikat lain, jd jangan menyamakan keadaan.
aku rase org xboley comparekan android @ iphone dengan BB ni..coz kegunaan BB bukan mcm 2 bende tu…dan mentaliti pengguna BB tak same dgn iphone @ android..ok, android dgn iphone pon ttap x bleh sama. sbg contoh. pegguna BB suka bbm/chatting, updated fb @ twitter, check email…tp pengguna android @ iphone ckp BB “LAME” coz xbyk apps! korg bunguk ke ape?
Betul tu ejam… I guna BB sebab nak reply email/bbm sebab i kerja dalm publishing industry. semua kena ber-emel. nak reply email pun kena cepat, sebab satu2nya technology yang ada push mail ialah BB. yes, iphone and droids pun ada tapi system mereka guna refresh takda push… even interface bb os kureng sikit tapi nak buat kerja, nak attach files, senang…
lagi satu yang i tak boleh tinggal bb ni sebab LED indicator. sejak beli app bebuzz, i dah silentkan bb utk messenger application. phone akan bunyi bila org call je. bbm, whatsapp, ym, gtalk semua keluar lampu, ikut kaler pilihan hati.
guna bb utk social networking, text, call
guna ipod touch utk hiburan dan lain2
kita pengguna. ape salah guna dua2.
People, i’m using an Android phone. Perhaps you should know that Android-based phone DOES have push notification for email as well as messenger apps of course. (:
huhu xsabar nantikan nyer…
I am BB Boy.hehe