04Oct

Adobe Memperkenalkan Aplikasi Mesra Table – Adobe Touch Apps

Perisian

Dengan tablet yang semakin hari semakin popular, hari ini pada MAX 2011, Adobe memperkenalkan sebanyak enam aplikasi baru dibawah Adobe Touch Apps, yang mana setiap satunya dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet Android dan juga iPad, sekaligus membolehkan anda membuat pelbagai perkara menarik dengan mudah dimana saja, dengan menggunakan tablet anda.

Enam aplikasi yang diperkenalkan dibawah keluarga Adobe Touch Apps adalah Adobe Photoshop Touch yang membawakan fungsi-fungsi utama Photoshop pada tablet, Adobe Collage, Adobe Debut, Adobe Kuler, dan juga Adobe Proto.

Aplikasi Adobe Touch Apps ini dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna Android seawal bulan November 2011 ini, dan untuk para pengguna iOS pada awal 2012 kelak. Menariknya adalah, setiap aplikasi akan membawa harga sekitar RM30 setiap satu, menjadikan ianya suatu aplikasi mampu milik dan wajib terdapat pada tablet.


Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan
Firefox 4 Dimuat-Turun Lebih Daripada 100 Juta Kali
Firefox Aurora Terbaru Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing
Paper - Aplikasi Lakaran Yang Menarik Untuk Pengguna iPad

9 Komen

  1. Omar pada 04 Oct 2011

    Harga dia murah. Tapi… err, sesape nak sponsor aku iPad? Hehe~

  2. topo pada 04 Oct 2011

    perghh menarik! tapi adobe illustrator blom ada la plak.

    • Omar pada 04 Oct 2011

      Dashyat ar kalo boleh guna illustrator, indesign, coldfusion, muse dan semuanya dalam ipad.. peh..

      • firdaus pada 04 Oct 2011

        tak silap aku.. paint tool sai lagi sng nk pakai.. :)

  3. mejuez pada 04 Oct 2011

    tak sabar nak guna aplikasi baru ni.. berbayarkan?? >_< boleh jew asalkan ianya berkualiti…

  4. Finalcross pada 04 Oct 2011

    App yg sgt dinantikan. wohooo

  5. Alan pada 04 Oct 2011

    Ni mesti kena guna cip pemprosesan yang tinggi :D

  6. IkmalRedza pada 05 Oct 2011

    Wajib beli untuk Xoom eden ni. Harga pun kira dalam kategori mampu milik. Terbaik.

  7. epool86 pada 08 Oct 2011

    Available for android next month? Hoho, thanks adobe! X sabar nak install dalam xoom aku


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader