26Oct

Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Kedua Adalah 1.9Mbps

Telekomunikasi

Jikalau melalui laporan suku tahun pertama 2011 yang lepas, Akamai memperlihatkan purata kelajuan internet di Malaysia adalah sekitar 1.6Mbps, melalui laporan suku tahun kedua yang dikeluarkan pada minggu ini, Akamai melaporkan peningkatan kelajuan di Malaysia, dimana kelajuaan internet purata di Malaysia adalah sekitar 1.9Mbps.

Pada masa yang sama, kelajuan maksima purata yang dicapai oleh para pengguna tempatan adalah sekitar 11.6Mbps, berbanding dengan suku tahun pertama ini, yang mana hanya 8.9Mbps.

Selain daripada itu, Akamai juga turut melaporkan yang mana lebih 22% pengguna Malaysia menikmati kelajuan internet melebihi 2Mbps, sementara lebih 3.7% menikmati kelajuan internet melebihi 5Mbps di Malaysia. Akamai turut melaporkan yang mana hanya 2.2% pengguna di Malaysia yang menikmati kelajuan internet d bawah 256kbps di Malaysia, yang mana memperlihatkan pengurangan berbanding 2.7% sebelum ini pada suku tahun pertama.

Bagi pembaca yang berminat, anda boleh memuat-turun laporan penuh Akamai untuk suku tahun kedua 2011 secara percuma melalui halaman rasmi mereka.


Lebih 4 Juta Pengguna Facebook Di Malaysia
Gangguan Internet TM Seluruh Negara Daripada 25 Hingga 31 Julai 2011
Chrome Terus Memperkukuhkan Kedudukan Di Malaysia Sepanjang Ogos Lepas
P1 Kini Menawarkan Pelan OnePlan 69 Pada Harga RM49 Untuk Tiga Bulan Pertama
Twitter Menyokong Penghantaran Dan Penerimaan SMS Melalui Celcom Secara Rasmi

16 Komen

  1. WariNordin pada 26 Oct 2011

    But nothing reflect to me.. I’m still stuck with slow motion Maxis berukBand… at USJ.

  2. syokdownload pada 26 Oct 2011

    saya guna 4mbps…nasib..setakat ni ok..

  3. imran pada 26 Oct 2011

    wow

  4. Luxuryhost pada 26 Oct 2011

    Pada aku lagi slow jek rasa…..

  5. Omar pada 26 Oct 2011

    Unifi ngan P1.. still ok lagi ar..

  6. snazzybizarre pada 26 Oct 2011

    lembap jugak streamyx ni… xstabil

  7. ekspresiruang pada 26 Oct 2011

    sama je. maybe kt bdr2 bsr ada peningkatan ketara, tp bukan di kwsn bdr kecil

  8. duke pada 26 Oct 2011

    3-8 Mbps…steady line x putus2…YES 4G

  9. aku pada 26 Oct 2011

    still guna 384 kbps…

  10. DANNIEL SHAZMEER pada 26 Oct 2011

    saya guna 20 mbps

  11. sniper pada 26 Oct 2011

    still dpt 18~20mb…guna yes 4G

  12. Arrul Carroll pada 26 Oct 2011

    masih dgn Streamxy >.<"
    sni xde coverage P1 la…

  13. yapompiow pada 26 Oct 2011

    nk dpt speed laju guna YES 4G

  14. Alan pada 26 Oct 2011

    Tapi YES4G kat luar bandar susah nak dapat.

  15. Hisyam pada 26 Oct 2011

    Internet masih lagi slow.

  16. amoi pada 27 Oct 2011

    Aku masih guna 1mbps T_T


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader