19Oct

Google Memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich Secara Rasminya

Google

Sepertimana yang dinantikan, akhirnya hari ini Google telah pun mengumumkan dan memperlihatkan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama sistem operasi mudah-alih mereka yang terbaru, iaitu Android Ice Cream Sandwich. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut, Google bersama-sama dengan Samsung turut melancarkan peranti Galaxy Nexus kepada umum.

Sokongan Folder

Salah satu perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich adalah sokongan folder, dimana anda kini boleh menyusun dan menguruskan aplikasi mengikut citarasa anda dengan mudah pada folder masing-masing.

Pada masa yang sama, setiap folder juga turut sama boleh di-pin pada menu akses pantas, membolehkan anda mengaksesnya dengan pantas mengikut penggunaan.

Menu Akses Pantas

Salah satu perkara menarik pada Android Ice Cream Sandwich adalah ia turut disertakan dengan menu akses pantas, dimana anda boleh memilih ingin meletakkan apanya disana. Pada masa yang sama, anda turut boleh mengikuti apakah aplikasi yang sedang dijalankan dengan mudah melaluinya.

Paparan Notifikasi Baru

Melalui Android Ice Cream Sandwich, paparan notifikasi diberikan nafas baru, dimana ia turut mengintegrasikan sepenuhnya pelbagai aplikasi, dimana paparan notifikasi kelihatan lebih menarik, dan memudahkan anda membezakan antara aplikasi.

Papan Kekunci Atas-Skrin Yang Baru

Papan kekunci atas-skrin turut sama diberikan nafas baru, memudahkan lagi para pengguna untuk menaip pada skrin sentuh.

Sokongan Suara-Ke-Teks

Nyah-Kunci Menggunakan Teknologi Pengenalan Wajah (Face Unlock)

Salah satu fungsi menarik yang didatangkan bersama-sama Android Ice Cream Sandwich adalah dimana anda kini boleh mengunci peranti Android dengan mudah, dan memerlukan wajah anda untuk membukanya.

Pelayar Web Android Dengan Sokongan Sync Dari Chrome

Pelayar web pada Android turut sama dinaik-taraf, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan sync dari Chrome padanya.

Aplikasi GMail Dan Kalendar Terbina

Aplikasi GMail dan Kalendar terbina pada Android 4.0 turut sama diberikan nafas baru dan rekabentuk yang amat menarik sekali, menjadikannya amat mesra skrin kecil, dan mudah menguruskannya.

Tambahan Fungsi Efek Pada Gambar (Kamera)

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini anda boleh dengan mudah menambah efek pada gambar yang dirakamkan, tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga.

Paparan Baru Untuk Senarai Rakan-Rakan Dan Buku Telefon

Senarai hubungan dan rakan-rakan pada Android 4.0 turut memperlihatkan rekabentuk yang amat menarik sekali, bersama-sama dengan skrin dial yang diberikan sentuhan baru.

Android Beam – Sokongan NFC

Android Ice Cream Sandwich turut sama didatangkan dengan sokongan NFC terbina, dimana melaluinya para pengguna Android boleh berkongsikan kandungan, peta, senarai hubungan, dan banyak perkara lagi dengan hanya menyentuh peranti mereka antara satu sama lain.

Pantau Penggunaan Data

Menariknya melalui Ice Cream Sandwich, para pengguna turut sama boleh memantau penggunaan data mereka dengan mudah, salah satu perkara yang amat menarik bagi mereka yang menggunakan pelan data pascabayar pada peranti mereka.

Android 4.0 Ice Cream Sandwich ini bakal menemui pengguna pada bulan hadapan, bersama-sama pelancaran peranti pertamanya, Galaxy Nexus.


Google Bersedia Untuk Mengemaskini Enjin Carian Mereka
Fungsi Kemaskini Automatik Pada Android 2.2
GMail Labs Memperkenalkan Fungsi Smart Labels
Chrome 11 Dengan Sokongan Input Suara Dilancarkan
HTC Dan Maxis Bakal Melancarkan HTC Sensation?

26 Komen

  1. Aikhil pada 19 Oct 2011

    wahh.. xde update pasal google command / voice ke?

  2. Bro Framestone pada 19 Oct 2011

    mcm kurang menarik je…

    ke kena sentuh dulu baru tahu nie….

  3. Aikhil pada 19 Oct 2011

    ..samsung simpan takhta utk galaxy s family!

  4. syafiq_lomotech pada 19 Oct 2011

    “Android 4.0 Ice Cream Sandwich ini” <– apa ni? hehehehehe

  5. proto pada 19 Oct 2011

    bila SGS2 boleh update ke Ice Cream Sandwich ni??

  6. yeah pada 19 Oct 2011

    yeah. semua nafas baru dan sentuhan baru.
    4.0 vs 4s

    • androidians pada 19 Oct 2011

      silap, Android 4.0 vs iOS5

  7. syamilshahimi pada 19 Oct 2011

    Folders? Really, folders? iFags, keep it cool, I know what you guys wanna say. LOL

    • androidians pada 19 Oct 2011

      haha, dah lama ada la mende ni…

  8. sollehahn pada 19 Oct 2011

    pergh…mantop…face unlock tu aku suka…tak sabar mau upgrade android aku nih…hehe

  9. budakudm pada 19 Oct 2011

    xlama dh ios nk kena

    • Zahari pada 19 Oct 2011

      Kene apa bro? Apa yang best? hehe

  10. jimmy pada 19 Oct 2011

    flavour ape ni? hahahah

  11. IzhamHasan pada 19 Oct 2011

    Mcm kurang tp belum cube belum tau kan..huhu .. Galaxy Nexus ni S family ke?

  12. abdjabbar pada 19 Oct 2011

    Nak cuba! Nak cuba!

  13. budakudm pada 19 Oct 2011

    flavour doyan…haha

  14. najashark pada 19 Oct 2011

    beam paling style..browser dia pun dah support incognito mode kan?

    • androidians pada 19 Oct 2011

      not sure…mungkin ada…

    • matjoe pada 19 Oct 2011

      brower utk honeycomb mmg ada incognito. mahu browse website terlarang tanpa meninggalkan jejak?

    • androidians pada 20 Oct 2011

      ok, mmg ada, konfem 100%…

  15. Jyundoo pada 19 Oct 2011

    lawa nya, buat geram nak angkat satu saje. huhu

  16. Ahmad Hati pada 19 Oct 2011

    Baru je beli Samsug S plus dah keluar yang lain

    • John pada 19 Oct 2011

      Galaxy s dah out of league nak banding dgn sgs2 n nexus prime nih. hehe

  17. BVsHeart pada 19 Oct 2011

    bila google nak update voice command? nak lawan Siri IOS5..
    voice command sedia ada sangat slow.. tapi lagi meluas jawapan yang diberikan berbanding Siri

    • androidians pada 20 Oct 2011

      guna vlingo personal assistant

    • Johari pada 25 Oct 2011

      Sila gunakan IRIS… boleh lawan SIRI… terbaik!!!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader