Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, selain daripada pengenalan peranti baru yang dikenali sebagai Galaxy Nexus daripada Samsung dan juga Google, ia kini turut kelihatan yang mana Google bakal melancarkan Android Ice Cream Sandwich pada minggu hadapan, pada acara yang sama. Ia kini kelihatan, Google telah pun dalam perancangan akhir untuk pengumuman tersebut.

Dan seperti pelancaran-pelancaran sebelum ini, Google akan menyiarkannya secara langsung melalui saluran YouTube mereka, membolehkan semua pengguna seluruh dunia mengikuti perkembagan sistem operasi terbaru daripada Google itu secara langsung.
Ice Cream Sandwich, seperti semua sedia maklum, akan mengabungkan Android versi telefon pintar dan juga tablet, dan memudahkan Google memfokuskan hanya pada satu perkara, dan membawakan pelbagai perkara menarik mengenainya.
Sama-sama kita nantikan pelancaran Ice Cream Sandwich pada minggu hadapan.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
this is cool. walaupon xsehype ‘iPhone5′ announcement,ramai gadget geek looking fwd for this ICS. semoga kali ni x indah khbar dr rupa laaa.. dengar ICS akan menawarkan solution utk Android skarang ni ie fragmentation etc. mari kita tunggu dan lihat.
Agak2 Galaxy S2 akan support ICS x?
off course, cuma Samsung agak lambat skit bab2 nak update ni
Hebat…hebat… tapi belinya tak…kempunan..
cool
belum merasa lagi memakai Android…sebelum ni hanya iOS…adakah Ice Cream Sandwich best dan sesedap iOS?
..terbaik!
agak2 asus transformer dpt update tak?
harap2 galaxy s2 dapat gak update ics ni la..