15Oct

Aplikasi ChatON Dari Samsung Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan BadaOS

Perisian

Setelah memperkenalkan aplikasi permesejan daripada Samsung, dinamakan sebagai ChatON, kini secara rasminya, aplikasi ChatON yang dinantikan itu telah pun tiba di Android Market, membolehkan semua pengguna Android yang menggunakan versi 2.2 dan yang terkini boleh memuat-turun dan menggunakannya.

ChatON merupakan aplikasi permesejan seumpama BlackBerry Messenger, iMessage, Whats App dan lain-lain, dimana membolehkan para pengguna untuk bersembang dengan rakan-rakan lain secara peribadi ataupun berkumpulan, selain pada masa yang sama berkongsi imej, dan sebagainya dengan mudah.

Buat masa ini, ianya hanya menyokong Android dan juga Bada, selain sokongan untuk platform lain seperti iOS dan juga BlackBerry dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, klien PC juga turut disasarkan untuk dilancarkan untuk memudahkan pengguna bersembang menggunakan komputer.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada Android Market, manakala pengguna Bada boleh memuat-turunnya terus daripada Samsung App Store.


Adobe Membawa Flash Ke Kaca TV
PayPal Membawakan Sokongan NFC Untuk Pengguna Android
Samsung Melancarkan 4 Peranti Keluarga Galaxy Baru
VLC Media Player Versi 2.0 Bakal Menemui Pengguna Tidak Lama Lagi
Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 10.1 Dengan Sokongan S-Pen

8 Komen

  1. Roslan pada 15 Oct 2011

    berlambak sgt dah pun bende camni..tak terkejor dah

  2. sinach pada 15 Oct 2011

    tu lah.xde beza sangat pon.baik stick to whatapps jer.cross sume platform.

    • Beburung pada 15 Oct 2011

      +1.

      Symbian buley, BB buley, iOS buley, WP buley, Android buley.

  3. EddyGeek pada 15 Oct 2011

    74 rated 1 star..

  4. pedangmujahid pada 15 Oct 2011

    sama aje :)

  5. Syahir pada 15 Oct 2011

    Mcm menarik, tetapi WhatsApp tetap di hati.

  6. Ahmad Hati pada 16 Oct 2011

    Cukuplah dengan whatapps

  7. syahrilhafiz pada 17 Oct 2011

    hoho, geng2 androider indonesia banyak guna yang ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader