31Oct

Aplikasi DeF!ND Akan Mengatasi Masalah Siri Bagi Pengguna Asia Terutamanya Singapura

Apple, Perisian

Seperti semua sedia maklum, Singapura telah menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima telefon pintar iPhone 4S dengan sokongan Siri pada minggu lepas. Namun, salah satu perkara yang amat mendukacitakan adalah ia dilaporkan yang mana Siri tidak begitu memahami penggunaan bahasa Inggeris oleh orang Asia, terutamanya Singlish.

Dan untuk mengatasi perkara tersebut, syarikat telekomunikasi Singapura, iaitu Singtel telah pun membangunkan aplikasi khas yang menawarkan fungsi seumpama Siri, tetapi dioptimasikan khas untuk penggunaan oleh para pengguna di Singapura, dan memahami Singlish. Melaluinya, ia kelak akan memahami nama, lokasi dan juga slanga yang digunakan oleh para penduduk dan pengguna di Singapura.

Selain daripada Singapura, sebelum ini ia turut dilaporkan yang mana para pengguna di Jepun turut menghadapi masalah menggunakannya. Buat masa ini, ia tidak lagi tidak diketahui bagaimanakah kesannya di Malaysia kelak.

Namun, mungkinkah syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis ataupun Celcom akan memperkenalkan sebuah aplikasi seumpamanya dengan sokongan bahasa Malaysia?


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
iPhone 5 Pada Awal Atau Pertengahan September?
TeamViewer Membolehkan Anda Mengakses Komputer Menggunakan Peranti Android Atau iOS
iPhone 5 Mulakan Jualan Antarabangsa Pada 21 Oktober?
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

10 Komen

  1. Ahmad Fuad Adzmi pada 31 Oct 2011

    xdpt siri dapat def!nd pon jadi la,, bole buat testing,, hoho

  2. Aikhil pada 31 Oct 2011

    Siri kena lagi sirius la.. hehee..

  3. Hisyam pada 31 Oct 2011

    Ala, buat je siri dalam Bahasa Melayu terus. Kata nak memartabatkan Bahasa Melayu macam blog amanz ni.

  4. androidians pada 01 Nov 2011

    Sigh, dah mcm menyusahkan Singtel plak nak kena buat app sendiri…ape la naseb…

  5. joe pussycat doll pada 01 Nov 2011

    haha… lawak giler…

  6. Riey pada 01 Nov 2011

    Dah ler mahal harga iphone 4s ni. Brmasalah plak ngn Siri. Bateri pn lg cepat abis brbnding ngn iphone 4… Rugi jer kuar duit bnyk2 tuk bli masalah. Hrap2 xlingkup ler Apple lpas steve jobs mati.

    • Siri pada 06 Nov 2011

      Siri masih beta lg..
      apa contribute ko? tahu nak kondem je..haha
      btw, apple berani buat smthing new,..
      klu x new pun, dia inovasikan smthing tu jd meletop.
      mcm revolusi iPhone n iPad. bukak mata tu luas2 kawan..hahaha

  7. IkmalRedza pada 01 Nov 2011

    Kalau macam ni gayanya, serupa aje kalau ambik iPhone 4.

  8. alia pada 01 Nov 2011

    haha..iris utk android pon sama..tension je ckp..org ckp lain die dgr lain..

    • lolipop89 pada 14 Nov 2011

      hahaha..

      man : “what is your name?’
      iris : “rosyam nor”

      ;p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader