Cari @ Amanz

Nampaknya, dengan pengguna Groupon Malaysia yang semakin menghampiri 1 juta pengguna berdaftar, kini Groupon telah pun memperkenalkan sokongan negara Malaysia pada aplikasi rasmi iOS mereka, membolehkan semua pengguna tempatan untuk mengakses tawaran harian yang dibawakan oleh Groupon terus melalui peranti iOS mereka.

Melaluinya, para pengguna boleh mengakses tawaran yang dibawakan oleh Groupon mengikut lokasi pilihan. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut juga akan mencuba mendapatkan lokasi anda mengikut fungsi geolokasi terbina, tetapi percubaan kami menggunakan fungsi tersebut gagal.

Selain daripada itu, penggunaan aplikasi tersebut sendiri memperlihatkan beberapa masalah, lebih kepada berkaitan dengan pelayan mereka. Mungkin kerana ianya masih awal, ataupun mungkin terdapat masalah dengan rangkaian telekomunikasi kami ketika menguji aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Groupon yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Groupon hari ini terus melalui Apple AppStore dan mengikuti diskaun semasa terus melalui peranti iOS anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd