03Oct

Aplikasi Nokia Maps Untuk Windows Phone Mula Kelihatan

Perisian

Dengan pelancaran peranti Windows Phone daripada Nokia yang semakin dekat, kini beberapa aplikasi utama Nokia untuk Windows Phone mula kelihatan, dan salah satunya adalah Nokia Maps yang mana dioptimasikan khas untuk pengguna Windows Phone. Walaubagaimanapun, ia tidak pasti samada peranti selain peranti Nokia boleh memuat-turunnya ataupun tidak.

Buat masa ini, ia masih lagi belum disenaraikan secara sepenuhnya pada Marketplace, jadi para pengguna masih belum dapat memuat-turunnya ataupun mengujinya buat masa ini. Berkemungkinan ia akan dilancarkan bersama-sama dengan peranti Nokia kelak.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menggunakan sepenuhnya rekabentuk antaramuka Metro untuk Windows Phone, dan memperlihatkan pelbagai perkara menarik melalui aplikasi pemetaan mereka. Ia juga menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang boleh disinggah, selain turut menyokong penuh perkhidmatan kenderaan awam melaluinya.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan aplikasi Nokia Maps untuk Windows Phone ini apabila Nokia sendiri mengumumkannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikannya.


Office 2010 Build 4417 Di Laman Torrent
Galaxy S2 Versi Windows Phone Dalam Pembangunan?
Angka Muat-Turun Melalui Ovi Store Melangkaui 7 Juta Sehari
Gambar Nokia Searay - Peranti Windows Phone Dari Nokia Diperlihatkan
Pelayar Web Chrome Plus Kini Dikenali Sebagai CoolNovo

12 Komen

  1. baem pada 03 Oct 2011

    bley tahan nokia nie..org bru nk plan bli enpon 701.. tbe2 kua plak cmnie… nk bli skang mcm rugi plak..

  2. kikoz pada 03 Oct 2011

    kalau nk beli nokia..beli yg windows phone punyer..

  3. Haziq pada 03 Oct 2011

    nice.

  4. rizuani pada 03 Oct 2011

    nokia menunjukkan jalan untuk windows phone dari sesat jalan…heheheh

  5. Roslan pada 03 Oct 2011

    agak menarikla bg symbian fag

  6. yapompiow pada 03 Oct 2011

    GUI yg menarik

  7. Finalcross pada 03 Oct 2011

    Hmmm,ada kelainan…

  8. haziqfathihin pada 03 Oct 2011

    mcm bez lak….

  9. Fairuz Bin Sulaiman pada 03 Oct 2011

    Antara sebab saya tidak menyukai Maps by Nokia ni… dia tak bagi alternatif path kalau tersesat. Better gunakan Papago atau Garmin

    • obefiend pada 03 Oct 2011

      defuq? ini mitos. aku punya ovi map auto route reroute sebaik sahaj terlepas simpang. tanya amanz. selalu kalau pergi event tersesak ovi map menjadi penyelamat yo

  10. Juan pada 03 Oct 2011

    majulah nokia

  11. nizam pada 04 Oct 2011

    nokia terbaik!!lol..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader