Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan ramai, Apple telah pun secara rasminya memperkenalkan telefon pintar mereka yang terbaru, iaitu iPhone 4S, yang mana membawakan rekabentuk yang menyerupai iPhone 4 yang diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi dengan beberapa perubahan dalaman, dari segi spesifikasinya.

Apple iPhone 4S ini membawakan cip pemprosesan A5 sama seperti yang terdapat pada iPad dan sebagainya, serta membawakan sokongan 7 kali ganda lebih pantas berbanding sebelum ini. Ia turut membawakan peningkatan pada jangka hayat bateri, dimana membawakan masa bercakap melalui 3G sehingga 8 jam, dan masa bercakap melalui 2G selama 14 jam.

Pada masa yang sama, ia turut membawakan sokongan HSDPA+ padanya, membawakan sokongan data sehingga sepantas 14.4mbps padanya. Dan seperti diperkatakan sebelum ini, ia turut membawakan kamera 8-megapixel, yang mana membawakan gambar bersaiz 3264×2448 melaluinya, serta membawakan sokongan rakaman HD 1080p. Selain itu, ia turut didatangkan dengan sokongan teknologi Face-Detection bersama-sama dengannya.

Kamera : Adam Tow

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd