Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Apple telah pun memperkenalkan Mac OS X 10.7 pada tahun ini, yang mana dikenali dengan nama kod Lion. Menariknya, kini beberapa bulan selepas itu, ia dilaporkan yang mana Apple telah pun memulakan ujian untuk sistem operasi generasi akan datang mereka, iaitu Mac OS X 10.8.
Perkara ini dilaporkan oleh MacRumors berdasarkan kepada pelawat ke laman mereka yang dilihat, beberapa angka pelawat ke laman mereka datangnya daripada pengguna yang menggunakan OS X 10.8. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh diperkatakan yang mana Apple masih lagi pada peringkat awal pembangunan sistem operasi generasi baru mereka itu.

Sebelum ini, untuk OS X 10.7, perkara sama juga turut sama dilihat, dimana aktiviti serupa dilihat setahun sebelum OS X Developer Preview diperlihatkan kepada umum, dan 20 bulan sebulan sebelum ianya dilancarkan.
Namun menariknya, kini apa yang menjadi teka-teki adalah apakah nama kod yang akan digunakan oleh Apple untuk sistem operasi generasi baru mereka itu kelak.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
perggghhh dah siap utk dibangun kn..
kemah keming Apple
dah abis nama rimau & singa diorg nak pakai nama apa ya? terfikir jugak kadang2..
Cheetah pulak.
cheetah dah pernah guna bro.
Public Beta: “Kodiak”, Version 10.0: “Cheetah”, 5.3 Version 10.1: “Puma”, 5.4 Version 10.2: “Jaguar”, 5.5 Version 10.3: “Panther”, 5.6 Version 10.4: “Tiger”,5.7, Version 10.5: “Leopard”, 5.8 Version 10.6: “Snow Leopard”, 5.9 Version 10.7: “Lion”
nmpk ny xsempat aq nk mrse gne OS X Lion ni… haihhh…cpt tol Apple ni
BRING IT OOOONNN! tak sabarnya.
Mesti lagi gempak dari Lion !
Panthera belum pernah guna… hehehe