07Oct

Belanjawan 2012 Tidak Mesra Sektor Teknologi Dan Perkomputeran

Lain-lain

Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, iaitu Najib Razak telah pun mengumumkan belanjawan 2012 sebentar tadi, yang mana telah dipecahkan kepada beberapa bahagian. Namun begitu, amat mendukacitakan komuniti IT dan teknologi tempatan, apabila belanjawan untuk tahun 2012 seperti tidak memfokuskan kepada sektor tersebut.

Melalui intipati Belanjawan 2012 yang diperlihatkan, ia menunjukkan tiada sebarang pengumuman yang menarik untuk dunia dan sektor IT tempatan, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Perkara ini mungkin agak mendukacitakan, apatah lagi sektor ini kini sedang meningkat dengan pesat dan merupakan antara sektor utama yang perlu diberi perhatian.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Belanjawan 2010 dan juga Belanjawan 2011 telah memfokuskan kepada sektor IT tempatan. Sepanjang tahun lepas juga, pelbagai gergasi internet telah memasuki arena Malaysia, dimana Google Malaysia mula membuka pejabat, selain BlackBerry yang turut sama menambah kilang pengeluaran di Pulau Pinang.

Kita juga dapat melihat kesan positif daripada pengurangan cukai telefon pintar, dimana HTC, Samsung dan beberapa syarikat lain turut mengutamakan pasaran tempatan, dan melancarkan peranti mereka di Malaysia lebih pantas daripada negara-negara lain hasil kerjasama bersama beberapa syarikat telekomunikasi tempatan. Harga jualan juga agak kompetitif berbanding pasaran negara lain.

Bagi Belanjawan 2012, masih terdapat beberapa yang masih boleh digunakan bersama oleh sektor teknologi, tetapi masih kurang, dan tidak seperti tahun-tahun lepas. Mungkinkah ia akan memberi kesan kepada perkembangan teknologi tempatan?


Jom2School - Belajar Secara Interaktif Di Luar Kelas
PhotoWalk - Sejarah Lebih Menarik Dan Interaktif
Harian Metro Versi iPad Kini Aktif Sepenuhnya
Forum Membincangkan Dunia Pendidikan Dan Dunia Mudah-Alih Akan Diadakan Pada 22 November
Ramai Pengguna Malaysia Gemar Membeli Tiket Penerbangan Melalui Atas-Talian

43 Komen

  1. Umar Faruq pada 07 Oct 2011

    Ho ho.. Tak perasan la plak pasal ni masa dengar pembentangan belanjawan tadi.. Tu la, mcm disisihkan je..

    • matlabi pada 09 Oct 2011

      sbb baget kali ni lebih fokus utk PRU13, tlg fhm kn ye..hahahha

  2. syamilshahimi pada 07 Oct 2011

    habeslah Malaysia. mundur teknologi la lepas ni. lololol

  3. Dhiya Faris pada 07 Oct 2011

    tak best la macam ni bang najibbb

  4. bedah pada 07 Oct 2011

    sebab haritu banyak laman web kerajan digodam. maybe that is one of the reason. nak balas dendam kat orang2 IT lettew

    • jimmy pada 08 Oct 2011

      haha…betul gak tu.. saja nk balas dendam…

    • tekong pada 08 Oct 2011

      LOLOLOL

    • fauzifatah pada 09 Oct 2011

      +1

  5. Blangkat Ahmad Basimin pada 07 Oct 2011

    kesian … mungkin tempias dari rmk 10 masih dapat membangunkan sektor ICT

  6. baem pada 07 Oct 2011

    haha.. xpe2.. ape gune pembangkang? jangan risau kalian2 semua~

  7. basterd pada 07 Oct 2011

    yorais SLOWPOKE !

  8. topo pada 07 Oct 2011

    “MyCreative Venture Capital” yang najib cakap tadi ada dia bagi contoh Bill Gates, Jobs mungkin boleh guna utk sektor teknologi jugak kot

  9. buyat pada 07 Oct 2011

    nak naikkan cukai 6% kot. hihi

  10. Sumbu pada 07 Oct 2011

    Apa yg Najib cakap tu hanya ringkasan yg dibuat utk usul belanjawan. Kalau Najib tak sebut bajet IT, tak makna takde bajet.

    Kena rujuk buku dan kepala bajet yang edar kat Parlimen. Kalau dia cakap pun nak bagi bajet ni dan bajet tu, belum tentu ahli Parlimen luluskan semua. Mungkin ada yang tak lulus walaupun jarang berlaku.

  11. fikri pada 07 Oct 2011

    telefon pintar sekarang yang dikenakan cukai pun rakyat Malaysia masih mampu beli… kalau bagi mansuh cukai eksais ramai lah rakyat Malaysia akan gilerkan telefon yang bukan keperluan utama.

  12. Reza pada 07 Oct 2011

    Mungkin Amanz shd do a writeup in anticipation for budget 2013 nxt year to understand what is needed in this sector. So instead of complaining there is nothing for budget 2012 we
    Could help give suggestions

    • archiq pada 07 Oct 2011

      +1

    • Amirul pada 08 Oct 2011

      10 juta +1

  13. budakudm pada 07 Oct 2011

    pakat2 kalih

  14. Roslan pada 08 Oct 2011

    rasa2 ko nak ape? cukai pendapatan utk blog amanz? lol

  15. Wan Perlis pada 08 Oct 2011

    najib lupa tu hahaha

  16. harith pada 08 Oct 2011

    tggu PRU nnti…

  17. zulware pada 08 Oct 2011

    kesian disisihkan..huhu

  18. myFirdaus pada 08 Oct 2011

    najib leka sngat duk main ipad. smpai terlupa psal IT.

  19. paeh pada 08 Oct 2011

    ni semua sebab dRBook dah masuk line… fiuufiuu

  20. Fikri pada 08 Oct 2011

    sikitpun takde manfaat bajet najib nih…semua mcm tahiii..

  21. nur pada 08 Oct 2011

    kerajaan memfokuskan pada golongan berpendapatan rendah, so kesanya pd sektor IT, kan lebih baik sektor IT didedahkan kepada golongan ini, satu inovasi kreatif mana tahu timbul drpd golongan yg tak mampu. kalau dia ckp perluasan unifi ke kawasan luar bandar dan penggunaan unifi kejauan tinggi pada bil bulanan bawah RM50.. suka giler.. suke sgt tuh.

  22. Garfield pada 08 Oct 2011

    Belanjawan kali ini, memang hanya diperalatkan oleh Najib sebagai alat kempen pilihanraya je.
    X nampak ke Najib sedang bagi gula-gula sekarang ni?

  23. AMR pada 08 Oct 2011

    em.. manfaatnya mana?

  24. pilotHans pada 08 Oct 2011

    at last. ada gak org persoalkan dr terima ngap jer sume tanpa persoal…good!…so what are you suggesting? unifi kt luar bandar rm50 ? hmmm…or unifi utk golongan berpendapan kurang 3k, rm50 jer………..

    as for me, 1mb current streamyx – turun laa rege ke 49 ke dr 88+ tepon tue…..yg sedia 88 free upgrade ke 4mb….unifi 5mb tue rm100 jer kot………xkire laa nak deal mcmane ngan telecom…..aku rase low internet access or slow speed is a crime :p

    p/s nnti klo satu mesia ade unifi cheap, agak2 ape lagi kite nak ea? free lappy? free maintenance? :p haahahaha……….jap let me think..

    • Bumilangkawi pada 10 Oct 2011

      uih lg ‘crime’ kalo golongan miskin bandar di abaikan.. :)

  25. wazy pada 08 Oct 2011

    Terkejut jugak apabila Sektor teknologi dan perkomputeran di pinggirkan atau lebih tepat tidak mesra

  26. Faris pada 08 Oct 2011

    Maybe terdapat banyak masalah lain yang perlu diatasi segera. Sepatutnya sektor IT dan Multimedia mesti ada sekali dalam Badget 2012. Kalau tak, apa guna ada MOSTI (Ministry of Science, Technology & Innovation, Cyber Security dan SKMM ni. Takkan la pihak kementerian ni tak buat kerja…

  27. Omar pada 09 Oct 2011

    Bajet broadband utk tahun lepas pun aku belum peluang merasa lagi..takpelah, kita tengok perkembangan tahun depan…

  28. mamat pada 09 Oct 2011

    betul entri ni,bajet kali ni kurang menumpukan pada IT.

  29. nash pada 09 Oct 2011

    aku nak kalau bajet 2012 kurangkan bayaran broadband.. tapi hampeh

  30. Zul's Stuff pada 10 Oct 2011

    piliharaya dh dekat..mcm2 jnji diorg tabur!!!

  31. ROyAkatsuki pada 10 Oct 2011

    biasala bang….belanjawan tu utk pancing undi.

  32. RIS-FAMILI pada 11 Oct 2011

    Setuju bebenor. Belajawan 2010 dan 2011 dulu ada sebut tentang pengeculaian cukai smartphone, pengecualian cukai guna broadband, pemberian netbook dsbg.

  33. pillo pada 12 Oct 2011

    apa lagi.. anak muda smua.. jom berubah.. huhu..

  34. fikri pada 14 Oct 2011

    kan best kalau harga caj internet streamyx TM tahun depan macam nie..seperti nie….

    512MBPS – RM29.99 sebulan
    1.0MBPS – RM59.99 sebulan
    2.0MBPS – RM89.99 sebulan
    4.0MBPS – RM109.99 sebulan
    6.0MBPS – ada ke??
    8.0MBPS – belum pasti…
    10.0MPBS ??

  35. Terbakor pada 27 Dec 2011

    patut kene lebih majukan sektor ni. Sekarang ni banyak orang cari makan dalam sektor ni. Malah sektor ni berkait rapat dengan sektor perniagaan dan ekonomi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader