Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, ia kini kelihatan yang mana Google bakal menawarkan pelayar web popular mereka itu kepada para pengguna Android tidak lama lagi. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Melalui Chrome untuk Android, Google dijangka menawakan pelbagai fungsi yang ditawarkan versi deskop itu kepada para pengguna peranti Android.
Menariknya lagi adalah dimana memandangkan pelayar web popular Google itu turut didatangkan dengan Chrome Web Store, ia mungkin akan menjadikannya ia lebih menarik, sekaligus membolehkan para pengguna Android mengakses pelbagai aplikasi menarik dan permainan dengan mudah di luar-talian.
Selain daripada Chrome, pelayar web lain yang turut menyediakan aplikasi untuk Android adalah Firefox, yang mana turut didatangkan dengan sokongan sync antara versi desktop dan juga Android. Mungkinkah kita akan dapat melihat fungsi yang serupa pada Chrome untuk Android? Sama-sama kita nantikannya.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
okehlah,boleh cuba…skrg ni selesa guna dolphin jer dulu,tgk chrome pulak nanti macam mana…
Browser yg dah built-in ni pun dah mantap.. Mmg terbaik la google..
google chrome pantas berevolusi…
tak sabar tgk evolusi android utk jadi desktop os… biar microsoft windows kaki pau melingkup
Terbaikkk
dolphin vs chrome webstore… add-on dolphin ada versi berbayar. chrome pula semua percuma je.
yeah..akhirnya…harap2 boleh sync bookmark dari computer to android plus speed…terbeak
Akhirnya, dah lama tunggu.
chrome~
tak sabar.. tak sabar.. tak sabar..
aku harap power dan steady. tak berat dan superb!
+1
Wah mesti.laju ni
best la kalau chrome dah ada untuk android
bile pulak nak lancarkan pada iphone erm
mmg jangka akan keluarkan jgk nyer nie..
so far opera mobile berkhidmat cemerlang especially melibatkn penggunaan cimbclicks.
perkembangan penggunaan Android semakin meningkat dan pembangunan pelbagai app untuk android pun bertambah banyak. memang puas hati pakai android nih
TErbaikk
Hohoho~ lagi senang la RockMelt nk buat keja depa ntuk RockMelt for Android nanti..